Salam Shawal...ke 6 baru dapat update blog masakan. Nak cakap raya sakan ...dak juga tapi busy memanjang dan melekat depan tv.
Ini bukan menu raya tapi sajian lepak depan tv semalam. Kita suka sangat jika makan di PizzaHut mesti chicken wings majadi pilihan di antara menu . Kita suka dengan haruman dari sos hiskory yang berbau asap dan kepedasan wings nya.
Maka projek semalam ..hehe nak makan sepuas puasnya kenalah buat sendiri ...save cost kan. Resepi nie kita agak agak saja bergantung pada jumlah wings nya.
10 ketul chicken wings
2 tbs sos pedas ( beli kat kedai fatimah bakery ...sos arab)
2 tbs sos barbeku
sedikit garam
sedikit lada hitam
madu
dan minyak zaiton 2 tbs
Kesemua bahan ini diperam dengan wings selama 3 jam atau lebih.
Letakan pada tray satu persatu dan jarak sedikit dan bakar pada suhu 170 selama 25-30 min ataupun sehingga masak.
Lebihan madu boleh lah di gliskan selepas ayam keluar dari ketuhar...baru nampak berkilat dan naik kan selera anda hehe.
No comments:
Post a Comment