Aktiviti semalam membuat kek sponge yang comel buat ibunda dan seharusnya tidak manis.
Kek sponge nampak mudah dan lembut sesuai sangat dengan mak dan abah .
Asal resepi adalah berskala besar tapi saya jadikan saiz cupcakes seupaya senang nak makan tak pah potong terus masuk mulut. Waktu hantar kek ini abah siap pesan kena sorok sikit tapi mak terlebih makan so kek itu di simpan oleh adikng tidak berdekatan.Hehe letak 4 biji saja dalam freezer bila habis letak lagi. Bagini lah adik adikku malayan kerenah mak yang agak pelupa , kadangkala dia baru je makan nasi tapi setengah jam kemudian dia akan cakap belum makan dan lapar . Kadangkala kita tak boleh sesuka hati beri nasi lagi jadi adik akan pujuk gantikan dengan makanan yang lebih ringgan.
Kita tak berupaya menguruskan mak sebab beberapa faktor dan utama sekali saya kurang cekap memandu dan penjagaan mak memerlukan setiap hari dan kadangkala dua kali dalam seminggu menerima rawatan di hospital maupun klinik luar.
Jadi tugasan ini di sandang oleh ketiga adik adikku yang sangat dedikasi ...kalah selaku kita sebagai kakak tak berupaya....faham faham je..lah. Mereka akan ada giliran mengikut keadaan. Alhamdulilah ....anak anak mak abah sangat baik.
Tapi setiap kali aku berkunjung pasti kita akan tunaikan permintaan abah yang suka makan western dan kadangkala sebelum kita bertolak kerumah mak abah pasti kita call dan tanya selera mereka. Inilah saja yang termampu kita buat masa ini. Akan datang ..kita pun tak pasti dan harap mak abah sentiasa sihat.
Berbalik pada kek di atas nampak polos kan tanpa make-over sudah tentu mak akan bertanya kk syuenapa tak cantik macam kat kedai haha biasalah kan dah jadi macam cucu. So untuk mencantikan bahagian atas puas fikir nak letak apa lantas teringat atas seketul balance coklat berperisa oren ...apalagi kita drizzle saja halus halus nampak elok lah sikit dan suka lah hati dia nak makan begini. Mak tak minat makan kuih raya kandungan gula dalam biskut mesti lah maniss kan.
Kali ini kita mengunakan resepi ini. Hasilnya amat gebu dan sedap serta tidak kering.
Kek
Span Coklat
Sumber:Buku
Resepi/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
5
biji telur
200g
tepung kek
200g
gula kastor
110g
mentega cair
100g
air
40g
serbuk koko
20g
ovalette
1
sudu teh serbuk penaik
1
sudu teh emulco coklat - saya tukar pada capucino
Cara
membuat:
1.Griskan
acuan bulat berukuran 9 inci.
Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan
ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan
gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit
dengan kelajuan tinggi.
3.Perlahankan
kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi
selama 5 minit.
4.Tuangkan
mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.Tuang
adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).
No comments:
Post a Comment