Wednesday, August 1, 2012

Ayam percik kelantan


Menu berbuka hari ini ....ayam percik kelantan yang bersos putih. Mencari kelainan dalam masakan harian. Sebenar inilah pertama kali kita cuba membuatnya sebab selalu jika kita buat jenis percik madu, bersambal pedas lah,berempah ,tandoori dan bermacam jenis lagi la. Tu tak kira lagi yankg minah saleh tunjuk dalam Afc dan masterchef. Pendek kata Alhamdulilah lah semua kita dapat merasa dan mencuba di dapur sendiri kan . Hehe sedap atau tak sedap tu adalah pekara kedua kan. Paling utama tu kita yang masak sendiri lain lah jika kita tak sihat atau sibuk.....hehe kita jalan kat pasar ramadhan dan beli yang patut.

Sebenar saya sendiri risau jika pergi ke pasar ramadhan....selalu gelap mata....tengok sana ...tengok sini semua nampak best giler....pastu beli itu ini last last sekali cik tongsampah yang makan. Rugi kan membazir nama nya...tapi hairan lah juga masa beli tu hingga tak ingat . Di sebabkan begini maka lebih baik saya berkurung kat rumah.  


Resepi nie saya goggle goggle..hehe maka satu senarai panjang keluar...suka le tercari cari resepi mana yang patut kita cuba. So ari nie kita ambil dari Blog  Resepi Kelantan .
Saya copypaste kat bawah salinan resepi dari rumah beliau....terima kasih pada Suri Man.  Hasil nya sungguh sedap dan lain sekali rasanya yang berlemak santan dan terasa jintan pada daging ayam dan saya cicahkan pulak  dengan airasam tomato .

BAHAN-BAHANNYA:

bahan perapan ayam: (ditumbuk lumat)

-1 ekor ayam yang telah dipotong 4 bahagian
-4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- sedikit garam 

Bahan untuk kuah ayam percik: 
- 4 ulas bawang merah
-1 inci halia
-gula dan garam
-santan pekat (1 biji kelapa)
-1 batang serai yang telah diketuk
-sedikit air asam jawa
- sedikit jintan manis 

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA: 
- lumurkan bahan perapan ayam dan perap seketika supaya rasanya cukup mesra. Anggaran dalam 2 jam
-penyedian kuah: masukkan santan dan panaskan seketika kemudian masukkan serai, air asam jawa, jintan manis,gula dan garam dan kacau supaya tidak berketul
-masak kuah sehingga pekat
-kemudian bakar ayam yang telah diperap sehingga separuh masak
-salut ayam tadi dengan kuah percik dan bakar ayam sekali lagi
-salut ayam sekali lagi dengan kuah percik dan sehingga 3 lapisan.
-dan akhirnya tuang sedikit kuah percik tadi ketika menghidang.
-enak dimakan bersama nasi panas.


2 comments:

Chik Mimi said...

noor kami pun pun terliuq nak buat ayam percik senangkan kalau bukan bulan ramadhan tak teringin pun best jugak nampak ayam noor tu

CitarasaKu said...

cik Mimi..betul tu dlm bulan puasa nie kena masak simple simple saja senang kan . Lagipun tak perlu duk kat dapur lama lama hehe . Tetiba ari nie teringat nak makan kerang rebus pulak ...