Agak lama dah teringin nak makan masak lemak yang ada buah belimbing buluh nie. Alhamdulilah waktu berjalan ke Tg.Piandang...maksu dan paksu memberi kami buah belimbing nie...sukanya hati sebab telah lama tidak dapat merasa belimbing nie. Bukan buah nie susah nak dapat di sini hakikatnya saya yang g jarang dan tak berpeluang nak pergi ke pasar sehari . Selalunya saya ke Tesco dak pun ke kedai runcit berdekatan. Hb tidak galakan saya pergi ke pasar sehari sendirian.
Anggota keluarga saya tak ramai maka bila anak tunggal ke sekolah maka saya akan keseorangan sendirian di rumah. Waktu mula berpindah dulu memanglah takut sangat sebab jiran berkembar dengan rumah kosong. Manakala jiran di sebelah sana ...rumah dia tinggi sikit dari rumah saya ...tiada di rumah pada waktu pagi berkerja.
Time time nie jika orang picit loceng pun kita tak akan buka walaupun beruniform ...selalunya kita call hb tanya dulu .
Berbalik pada masak lemak telur nie mmmph memang sedap lega rasanya bila dapat makan hari ini. Tambahan pula ada sambal belacan cicah dengan ulam kobis salad .
Resepi saya ambil dari mesra.net
Kiriman: Mrs Bujang Husain
Bahan-Bahan:
4 biji telur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
5 biji belimbing buluh
kunyit hidup 0.5 cm
5 cili api
Cara:
Tumbuk kunyit dan cili api hingga lumat dan campurkan
dengan santan cair
didihkan bahan tersebut,dan masukkan telur satu persatu
serta dengan belimbing buluh yang telah dipotong memanjang.masukkan santan
pekat apabila telur telah mengeras,dan biarkan seketika. du
Nota: Telur saya rebus dulu.
2 comments:
Selamat hari Raya Maaf zahir batin ye noor,lamanya saya tak ke Tanjung Piandang selemat arwah mak ngan pak sedara dah tak da tak pernah p sana,walaupun masih ada sepupu yg duk sana
CikMimi....rindu lah juga dengan awak. Hehe bila awak nak update story untuk kita ya...lamanya menyepi. Selamat hari raya buat awak juga serta maaf zahir batin ,terkasar bahasa semasa kita berblog ye.
Post a Comment