Thursday, August 2, 2012

Masak lemak ayam salai


Selamat pagi.....buat kengkawan yang datang kesini. Menu semalam saya adalah masak lemak ayam salai. Selalunya ayam kita tak salai tapi sebab kita nak kan ayam tu terasa bau harum kena lah buat keja lebih sikit. Jika dulu salai kena gunakan dapur luar lagi sedap tapi sekarang manalah ada dapur sebegitu kan. So kita salai saja atas pemangang,  kasi dia hitam kehitaman dengan api yang perlahan.
Bila dah makan begini terasa pulak nak makan daging salai hehe bila pulak nak buat. Daging salai goreng dengan kacang panjang hhmmm memang ngam kan mesti sedap. Resepinya untuk masak lemak ayam nie saya tak letak lah sebab semua ramuan nya seperti biasa cuma ayam nya saja.
Bawal goreng biasa saja ...saya cicahkan dengan kuah cili kicap yang di perah dengan limau . Simple dan sedap.






5 comments:

IeRA said...

Salam perkenalan...

Memang tak pernah dengar ayam masak salai, biasanya daging & ikan keli je.... kreatif betul tuan dapur ni

ijayuji said...

Salam ramadhan! salai2 ni mesti sedap kan? kita suke betul kalau benda2 yg di salai :D ikan bwl lamaaaaaaaaaaaa sgt tak makan pdhal kat sini byk jual ikan bawal nak dikatakan hari2 ada ikan bawal tp eksyen betul tak nak beli agaknya kita malas sbb ikannya pipih mcm kurang isi nak korek2 dia punyer isi tu yg malas :D

Chik Mimi said...

Noor salai guna dapo ke ingat beli hat siap hehehe macam kat NS nun ada yg siap bersalai senang kan

CitarasaKu said...

Iera >>> salam perkenalan dik selamat memasak hehe

Ijayuji>> ikan bawal kat sini ada besar ada kecil hehe yang kecik tu dah cukup utk kita berdua.

chik mimi >> kita salai atasbdapur gas je..guna api kecil dan letak dia atas jejari besi bagi dia ada bau saja.Jika ke pasar tani mungkin ada jual kot masaalah nya saya jarang dapat ke situ hb tak suka pergi katanya susah parking hehe

quinnie said...

salam kenal...ayam salai ni macam dah dipanggang la ye..boleh cuba nih mesti ada kelainan :)