Wednesday, August 29, 2012

kuih raya 2012


Setelah berhari hari kuih raya pun dah tinggal sedikit baru teringat nak letak entry bab kuih. Tahun ini saya tidak mahu membazir jadi saya hanya sediakan serba satu adunan untuk setiap jenis.  Dan s buat jenis lain untuk di beri pada rumah emak. 
Kesimpulan nya jika habis kuih nie saya akan buatlah ganti dengan kuih lain sejenis dua. Jika tahun tahun lepas kira membazir juga sebab saya kurang gemar makan kuih raya yang di simpan lama .
Tahun ini Alhamdulilah nampaknya kuranglah pembaziran ...hehe jimat kan.  Sedia maklum saya seorang surirumah yang keluar mencari rezeki tu Hb sorang saja...jadi kena jimat cermat lah . Dulu sewaktu saya berkerja ...lain hal cerita la.


Ruang tamu yang sederhana saja....tak bersolek pun sekadar tukar langsir pun dah penat kos nya ehhh....
Kain sofa tak berganti sebab baru setahun je berpindah ke sini .


Pasta ala Buddy Valastro


Menu semalam kita makan nie saja. Alkisahnya waktu siang tadi kita tonton siaran astro hostnya adalah pemilik Cake Boss dan dalam rancangan kitchen boss semalam dia ada menunjukan resepi simple nie hehe seperti biasa lah terasa cam sedap saja ....mesti nak rasa juga. Maka kenalah merajinkan diri ye...( bahasa malaysia rojak ) Jangan di ikut gaya penulisan ini ye nanti rosak karangan budak sekolah kena pangkah.


Pasta ini saya rebus dahulu dan di toskan air rebusan tapi saya simpan sikit untuk di gaulkan bersama pasta dan bahan yang telah di gorengkan. Resepi ini saya cari di SINI.
Apapun cubaan saya di dapur buat dinner semalam tidak menghampakan sebab habis di makan...Alhamdulilah.

Shrimp Scampi
by Buddy Valastro

INGREDIENTS
1/4  cup olive oil
1/4  cup butter
1     pound peeled and deveined large shrimp, 16-20 count
       Salt
       Black Pepper
4     cloves garlic, minced
1    Tablespoon chopped fresh oregano
2    Tablespoons chopped Italian parsley - 
1/2 cup Buddy's Breadcrumbs  -  saya guna yang biasa saja
1/4 cup grated pecorino -  ganti dengan parmesan cheese
     Juice of 3 lemons
1    pound cooked linguini 

PREPARATION:

Add the oil, butter and garlic to a large sauté pan and heat to medium. When oil is hot and the garlic fragrant, add the shrimp, and a couple pinches of salt and black pepper. After 2-3 minutes add oregano and parsley and sauté. Keep turning the shrimp so both sides cook evenly and the shrimp is pink and cooked through. When shrimp is done, a couple minutes longer, add the breadcrumbs and cheese, turn to coat well. Add the lemon juice, stirring all to combine well. Serve over mounds of cooked pasta.



Monday, August 27, 2012

ikan masin masak lemak & labu kuning


Hari kedua sekolah bermula...menu kampung menjadi pilihan. Hari ini saya masak ikan masin masak lemak dengan labu kuning pemberian maksu Tg.Piandang . Hehe masa pulang dari rumahnya tempohari banyak buah buahan yang dia bekalkan pada kami. Buah manga, labu kuning, limau nipis dan belimbing buluh....puas nak menghabiskan nya.


Ikan masin masak lemak labu
Olahan: CltarasaKu

Bahan-bahan:
150 gm Ikan masin – 
250 gm Labu kuning  - dipotong kiub
5 10 biji Cili padi  - kisar
50 gm Kunyit hidup   - kisar
Sedikit belacan  - kisar
1 labu bawang besar- kisar
½ kiub ikan bilis
Serai (ketuk) 2 batang
Santan cair 250 gram
Santan pekat 200mililiter
Garam – jika perlu
4-7 biji belimbing buluh

Cara masakan:
1.Masukkan bahan kisar  dan renehkan dengan api perlahan.Masak bersama ikan masin serta labu kuning.
2.Renehkan dengan api sehingga labu lembut,selepas itu masukkanp santan pekat dan buah belimbing buluh yang di hiris dua.
3.Masukkan perasa dan tutup api.
4.Sedia utk dihidangkan



Sunday, August 26, 2012

ikan kembung bersambal


Menu tenghari tadi ikan kembung bersambal dimakan dengan nasi putih . Emmmm sukanya hati kena pulak waktu makan tu nasi panas panas. Aisee lepas nie berat badan naik lagi laaaa.
Hari ini kita masak biasa biasa saja lagipun anak kita dah mula bersekolah tadi. 
Menu ringkas di tambah pula dengan kuah asam pedas belimbing dan sayur kacang panjang goreng bilis .

Resepi untuk ikan begini main agak agak saja.  Bahan utama ikan mesti yang segar baru sedap . Saya gorengkan ikan sebab saya nak garing dan ranggup sementara sambal pun saya goreng sehingga hilang bau cabai. Kemudian di satukan dan di balut dengan daun kunyit sebelum di letakan di atas kertas foil sebelum di grill sekali lagi dalam oven sekadar sebatikan ikan dengan sambal dan haruman dari daun kunyit. ( nie kira cheating lah ) 
Penyediaan sebenarnya adalah perapkan ikan dengan sambal dan di bakar begitu saja dengan beralaskan daun pisang. Hehe mana nak cari daun pisang kan so saya modify ikut suka hati tapi hasilnya hehe tidak menghampakan ..jadilah.



coklat cake yang tak jemu


Salam pagi ahad....situasi masih beraya lagi ..masing masing baru pulang dari bercuti di kampung maka lepas nie banyak lah jemputan ke rumah terbuka . Saya pula...tiap tiap hari terbuka dah ...saya tak larat nak anjurkan rumah terbuka gitu sebab lepas terbuka saya tak larat nak susun kemas kembali . Biarlah orang saja yang anjurkan . Tapi jika ada yang datang berkunjung sudah semestinya saya jamu dengan apa yang termampu. Apapun jika konsep terbuka bagi saya ...kita tak mampu malayan tetamu yang datang secara dekat ...sekadar bersalaman dan harus layan tetamu lain pulak kan dan sibuk sudah semestinya
Saya nie jenis orang yang slow pace hehe saya suka pada situasi yang  sederhana.

ok...melalut pergi ke cerita lain....pagi nie saya letakan gambar kek yang di buat petang semalam. Mengidam lah pulak nak makan kek yang penuh dengan rasa coklat pekat...nah....tapi makan hanya sepotong saja.
Kali ini saya mengunakan resepi kek dari Kak Liza ....sungguh sedap.
Terdapat sedikit olahan pada kek ini di mana, saya slice kan dan letak kerim berperisa capucino yang pekat. Bila kita makan kek pada bahagian tengah kita akan dapat rasa kopi hehe.
Dan saya mengunakan topping coklat cair untuk menutupi bahagian atas kek.


Resepi ini adalah dari fp beliau. Klik di SINI  jika hendak ke Fp beliau.

KEK COKLAT

Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.

Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek dan hias


Saturday, August 25, 2012

Masak lemak telur dgn belimbing buluh


Agak lama dah teringin nak makan masak lemak yang ada buah belimbing buluh nie. Alhamdulilah waktu berjalan ke Tg.Piandang...maksu dan paksu memberi kami buah belimbing nie...sukanya hati sebab telah lama tidak dapat merasa belimbing nie. Bukan buah nie susah nak dapat di sini hakikatnya saya yang g jarang dan tak berpeluang nak pergi ke pasar sehari . Selalunya saya ke Tesco dak pun ke kedai runcit berdekatan. Hb tidak galakan saya pergi ke pasar sehari sendirian. 
Anggota keluarga saya tak ramai maka bila anak tunggal ke sekolah maka saya akan keseorangan sendirian di rumah. Waktu mula berpindah dulu memanglah takut sangat sebab jiran berkembar dengan rumah kosong. Manakala jiran di sebelah sana ...rumah dia tinggi sikit dari rumah saya ...tiada di rumah pada waktu pagi berkerja. 
Time time nie jika orang picit loceng pun kita tak akan buka walaupun beruniform ...selalunya kita call hb tanya dulu .


Berbalik pada masak lemak telur nie mmmph memang sedap lega rasanya bila dapat makan hari ini. Tambahan pula ada sambal belacan cicah dengan ulam kobis salad . 

Resepi saya ambil dari mesra.net
Kiriman: Mrs Bujang Husain


Bahan-Bahan:
4 biji telur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
5 biji belimbing buluh
kunyit hidup 0.5 cm
5 cili api

Cara:
Tumbuk kunyit dan cili api hingga lumat dan campurkan dengan santan cair
didihkan bahan tersebut,dan masukkan telur satu persatu serta dengan belimbing buluh yang telah dipotong memanjang.masukkan santan pekat apabila telur telah mengeras,dan biarkan seketika. du

Nota: Telur saya rebus dulu.

Beriani Ayam


Menu semalam ...nasi beriani ayam. Ayam yang di masak sekali dengan nasi sedap dan rasa nya boleh di makan di makan begini saja. Tapi di rumah saya mesti ada kuah jadi saya buatkan kari dhall untuk di makan bersama.


Resepi untuk nasi beriani boleh didapati di entry lama saya. 
Sedar tak sedar dah pun seminggu kita beraya. Dan esok anak saya akan mula bersekolah dan tak lama lagi akan menghadapi exam Pmr. Jadi harap dia tidak main main dengan masa.




Friday, August 24, 2012

Sotong goreng kunyit


Menu ringkas buat raya ketiga tempohari. Haaaa baru sekarang nak upaan date ...dah habis pun. Waktu perayaan ayam serta daging dah agak jemu makan . Dan kebetulan pulak waktu kita ke Setiawan pada raya kedua, dalam perjalanan pulang jalan jammed dengan hujan lebat. Sampai di segari kita singgah di hentian orang menjual ikan segar. Apalagi kita pun terus beli walaupun harga sedikit mahal dari biasa.
Faham faham jelah mana ada orang keluar kelaut hari raya kan so untuk orang yang keluar mencari rezeki tu mesti nak lebh sedikit dari hari biasa.
Ok...itu rezeki dia...dan ini rezeki kita dapat hasil yang segar...sotong yang agak besar .ikan bawal dan ikan mabong . Hmmmm bestkan.


5 ekor sotong- dipotong gegelang dan di rebus sebentar - air rebusan sotong di simpan
2 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 tsp asam - di gaul dengan air rebusan sotong
2 inci halia di hiris nipis
2 ulas bawang putih- di cincang kasar
1 btg serai - di ketuk saja
sedikit lada hitam dan garam secukup rasa.

Tumis bawang, halia, bawang putih sehingga agak garing. Masukan air asam jawa dan kicap (jika suka) Biarkan merenih dan sedikit pekat masukan sotong dan perisakan dengan lada hitam dan garam. 
Siap untuk di hidangkan. 

Nota: taburkan daun ketumbar 




Sekitar Raya


Sketsa di hari raya. Bila perut dah kenyang mata pun mengantuk maka abah pun terus tertidur sementara menunggu kami semua bersiap untuk ke rumah makcik.

Yon yon bergambar dengan acu nya.



Semasa singgah di Tg.Piandang...ban pecah. 


chicken wing ala pizza hut


Salam Shawal...ke 6 baru dapat update blog masakan. Nak cakap raya sakan ...dak juga tapi busy memanjang dan melekat depan tv.
Ini bukan menu raya tapi sajian lepak depan tv semalam. Kita suka sangat jika makan di PizzaHut mesti chicken wings majadi pilihan di antara menu . Kita suka dengan haruman dari sos hiskory yang berbau asap dan kepedasan wings nya.
Maka projek semalam ..hehe nak makan sepuas puasnya kenalah buat sendiri ...save cost kan. Resepi nie kita agak agak saja bergantung pada jumlah wings nya.

10 ketul chicken wings
2 tbs sos pedas ( beli kat kedai fatimah bakery ...sos arab)
2 tbs sos barbeku 
sedikit garam
sedikit lada hitam
madu 
dan minyak zaiton 2 tbs

Kesemua bahan ini diperam dengan wings selama 3 jam atau lebih. 
Letakan pada tray satu persatu dan jarak sedikit dan bakar pada suhu 170 selama 25-30 min ataupun sehingga masak.
Lebihan madu boleh lah di gliskan selepas ayam keluar dari ketuhar...baru nampak berkilat dan naik kan selera anda hehe.

Saturday, August 18, 2012

Ucapan


Selamat hari raya buat semua rakan bloggers tak kira di mana jua serta selamat bercuti juga pada yang bukan muslim. Berhati hati semasa dalam perjalanan pergi dan pulang semuga ceria selalu di samping orang tersayang ...Amin.

Sempena Shawal yang bakal menjelang saya memohon seribu kemaafaan andaikata pertuturan serta bahasa yang tidak di senangi dalam catatan harian saya. Maaf di pinta.


Thursday, August 16, 2012

sponge capucino



Aktiviti semalam membuat kek sponge yang comel buat ibunda dan seharusnya tidak manis.
Kek sponge nampak mudah dan lembut sesuai sangat dengan mak dan abah . 
Asal resepi adalah berskala besar tapi saya jadikan saiz cupcakes seupaya senang nak makan tak pah potong terus masuk mulut. Waktu hantar kek ini abah siap pesan kena sorok sikit tapi mak terlebih makan so kek itu di simpan oleh adikng tidak berdekatan.Hehe letak 4 biji saja dalam freezer bila habis letak lagi. Bagini lah adik adikku malayan kerenah mak yang agak pelupa , kadangkala dia baru je makan nasi tapi setengah jam kemudian dia akan cakap belum makan dan lapar . Kadangkala kita tak boleh sesuka hati beri nasi lagi jadi adik akan pujuk gantikan dengan makanan yang lebih ringgan. 
Kita tak berupaya menguruskan mak sebab beberapa faktor dan utama sekali saya kurang cekap memandu dan penjagaan mak memerlukan setiap hari dan kadangkala dua kali dalam seminggu menerima rawatan di hospital maupun klinik luar. 
Jadi tugasan ini di sandang oleh ketiga adik adikku yang sangat dedikasi ...kalah selaku kita sebagai kakak tak berupaya....faham faham je..lah. Mereka akan ada giliran mengikut keadaan. Alhamdulilah ....anak anak mak abah sangat baik.
Tapi setiap kali aku berkunjung pasti kita akan tunaikan permintaan abah yang suka makan western dan kadangkala sebelum kita bertolak kerumah mak abah pasti kita call dan tanya selera mereka. Inilah saja yang termampu kita buat masa ini. Akan datang ..kita pun tak pasti dan harap mak abah sentiasa sihat.


Berbalik pada kek di atas nampak polos kan tanpa make-over sudah tentu mak akan bertanya kk syuenapa tak cantik macam kat kedai haha biasalah kan dah jadi macam cucu. So untuk mencantikan bahagian atas puas fikir nak letak apa lantas teringat atas seketul balance coklat berperisa oren ...apalagi kita drizzle saja halus halus nampak elok lah sikit dan suka lah hati dia nak makan begini. Mak tak minat makan kuih raya kandungan gula dalam biskut mesti lah maniss kan.


Kali ini kita mengunakan resepi ini. Hasilnya amat gebu dan sedap serta tidak kering.

Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
5 biji telur
200g tepung kek
200g gula kastor
110g mentega cair
100g air
40g serbuk koko
20g ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat - saya tukar pada capucino 

Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.
   Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
   Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi
   selama 5 minit.
4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).

Wednesday, August 15, 2012

nasi beriani dan seangkatan


Lanjutan dari menu semalam...nasi beraini bersama dengan kuah beraini ayam. Jika kita masak nasi bersama ayam ,,,anak kita selalu nak cari kuah,maka kena sedikan kuah untuk dia. 
Apapun hidangan semalam nampak sarat...penuh sangat.


Lauk beriani jenis nie tidak pedas sebab tiada pengunaan cili hanya tomato soup dan rempah beraini. Tapi tak kick lah sebab kita suka pedas . So kita masak ikan talang dengan asam dan letak cili pedas haha baru ngam. 




Kari daging tetel dengan umbut pisang nie hb beli dari pasar ramadhan taman ria jaya....memang sedap. 








Korean Seasoned Fried Chicken


Selamat pagi ....Alhamdulilah tinggal beberapa hari lagi saja Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Shawal akan menjelma. Persiapan ala kadar saja setiap tahun begini sebab saya selalunya tidak kemana mana dalam seminggu raya di sebabkan Hb , bertugas dan dalam musim perayaan memang tiada cuti malah permintaan untuk bercuti di bekukan.  Biasalah kita telah terbiasa dalam situasi begini sejak berkahwin dengan Hb maka berkahwinlah juga dengan kerjaya beliau.
Apapun selepas seminggu dua baru lah dapat kunjung berkunjung nak buat camana kan...jadi kita banyak menghabiskan masa menonton tv. layan tetamu yang bertandang dan berlepak kat rumah mak kita. Lagipun kita sudah tidak punya mertua yang tinggal hanya adik dan kakak hb saja .

Berbalik pada menu kita hehe nie menu semalam ...terkenan dengan cerita korea channel 393 yang kita duk layan mata nonton sampaikan terliur melihat hidangan mereka dan bila dah terjumpa satu resepi yang menarik biasa lah kan ...kita kena buat testing dulu. Resepi asal ada guna bijan ...alahai time kita nak guna bijan cari serta geledah dalam laci entah kemana letaknya...tak jumpa so tak ada lah bijan untuk taburan emmmm .
The verdict untuk resepi ini....ayam nie sedap jika di hidangkan panas panas jika kita nak makan baru kita lumurkan dengan sos nya.  Jika kita letak awal awal nanti kerangupan ayam berserta salutan tu dah tak ranggup jadi liat gitu. 
Sebagai panduan saya telah pecahkan telur dan lumurkan pada kepingan ayam yang telah di perap dan salutkan dengan tepung...cara begini menampakan hasil sebab bila saya ikut resepi ...tepung tidak melekat pada ayam . Hehe cubalah dan feed-back kat saya bagaimana percubaan andal pulak sebab manatau lebih baik hasilnya dari style ini.

Source:
Source: Maangchi via Cooking Gallery

Ingredients:
Fried Chicken:
6 pieces (3 lbs) chicken fillet (you can use chicken wings or whole chicken as well), cut into chunks
1 tablespoon black pepper
1 teaspoon salt
1/2 cup potato starch powder
1/4 cup all-purpose flour
1/4 cup glutinous flour
1 teaspoon baking soda
1 egg
Oil for frying the chicken
Toasted sesame seeds for garnish

Sauce:
6 cloves garlic, minced
1/3 cup ketchup
1/2 cup hot pepper paste (use 1/4 cup if you dislike spicy)
4 tablespoons sugar
1 tablespoon apple vinegar
1 tablespoon olive oil

Preparation:
For The Fried Chicken:
Season the chicken chunks with salt and pepper. Mix well with your hands.
Add all dry ingredients: tapioca flour, glutinous flour, all-purpose flour and baking soda, plus the egg.
Mix everything well. When you notice that it's too dry, add some drops of water, just to make sure that the chicken chunks are well coated.
Fry the chicken over high heat until brown and crisp, about 10 minutes.

For The Sauce and Serving:
Heat olive oil in a pan and add the minced garlic. Stir fry until fragrant for about 30 seconds under medium heat. Add tomato ketchup, hot pepper sauce, sugar and apple vinegar. Cook until thoroughly mix, for about 1 minute. Toss in the fried chicken until well coated. Sprinkle the chicken with toasted sesame seeds. Serve it with lettuce and warm rice.


Tuesday, August 14, 2012

Biskut ala Donat....inspirasi Puan Ct.Delima




Semasa melewati blog Ct.Delima , terpandang biskut yang cute nie walaupun sebelum nie dah nampak dalam Blog sinaranmenu dah pun buat. Tapi saya tertarik dengan persembahan Ct...yang sangat kreatif dan comel.
Apalagi hati saya berkata hhmmm kena cuba. Selepas sahur saya pun memulakan operasi mengukis.



Inilah hasilnya....alhamdulilah menjadi gak...walaupun saya nie kurang kreatif tapi dek kerana terangsang dari Puan Ct buat keinginan tahap tinggi nak buat biskut secomel beliau...haha. Saya letak link ke blog beliau jadi jika nak resepi ada kat situ ye..... Ct.Delima manakala resepi asal nya dari blog KakWan. Terima kasih pada kesemua di atas berkongsi resepi dan idea.







Monday, August 13, 2012

Green Princes


Tahun ini agak lewat kita menbuat kukis...sebabnya letih sangat tahun ini. Faktor cuaca yang panas dan berjerebu membuat tekak kurang selesa. Tapi memandangkan tak sampai seminggu lagi maka projek mengukis kena lah di segerakan secara intensif hehe.

Buat permulaan saya mulakan dengan kukis ini ...adalah menjad kegemaran saya. Nampak warna hijau terang sepatutnya saya letak warna hijau epal tapi tak ada stok ...so hijau nya agak gelap sikit.


Resepi untuk kukis nie boleh di dapati di fotopages lama kita.....Sini



Saturday, August 11, 2012

Menu Iftar


Assalamualaikum buat kenalan yang datang singgah di sini. Lebih seminggu saya tidak aktif di sini...haha biasalah kan kekadang otak kering dan tak pasti nak catat apa di sini. Lagipun menu iftar kita masak simple dan pada kadar yang kecil. 
Kita sudah semakin hampir menjelang Aidil Fitri...maka banyak persiapan yang perlu di laksanakan. Walaupun secara sederhana tapi kena ada perancangan kan jika tidak ianya akan jadi satu pembaziran.
Setakat ini saya baru saja membuat 5 jenis kukis kesukaan...nanti saya letak gambarnya. Kukis saya agak simple seperti tahun lepas tapi saya mesti kena sediakan biskut makmur lebih sebab ini kukis kegemaran hb dan abah saya.


Mee udang kegemaran semua ..tapi kali ini kita buat cair sikit sebab kita tak letak ubi kentang.
Kari ikan kering masin dengan nenas ...lama juga kita tidak masak sebab jika masak hanya kita sorang saja yang jamah. Tapi tadi hairan juga my yon yon makan dengan berselera...puasa kot.










Sunday, August 5, 2012

Lemon rosemary chicken


Sisipan menu berbuka semalam ....terlepas letak. Saya buat setengah saja ini pun tidak terhabis makan waktu sahur tadi saya panaskan kembali dalam micro dan biarkan sejuk sebelum di simpan dalam petisejuk. Jika di biarkan saja mesti rosak pada penhujung waktu. Pasnie fikir nak carik carikkan isi ayam dan jadikan sesuatu hidangan emmmm buat sandwich kot sebab isi ayam dah berperisa enak kan ...so kita tambah saja keju ...habis cerita ...mesti clear.Jika kita ulang tayang dalam bentuk yang sama pasti tidak terusik. 
Insyaalah tengoklah bagaimana rupa transfomasinya.

Lrc...nie saya buat ikut style Ala Jamie Oliver sangat sedap dengan haruman lemon dan herba thyme dan rosemarry yang kita beli segar kat Tesco. Saya sangat suka dengan dua jenis herba nie sungguh harum. 

Saturday, August 4, 2012

Berbuka dengan nasi udang berempah


Hari ini nampak menu yang sarat untuk berbuka. Sebenarnya planning asal membuat semua ini sebab mak n abah janji nak datang tapi last minit cancel . Tapi kita teruskan juga pada menu asal dengan mengurangkan pada saiz setengah saja. Nasib baiklah bagitau awal jika tidak ....habislah siapa nak makan semua ini...boleh pengsan.

Resepi untuk nasi ini boleh di dapati di Sini dalam entri yang lalu.







Kari dhal ...saja buat kuah untuk bersahur nanti kita perlu keluarkan roti canai frozen , goreng dan cicah dengan kuah dhal.