Monday, July 23, 2012

Roti Pita


Syukur hari kedua berpuasa tamat lah sudah. Hari ini kita menu kita daging pesamah ,kerang sambal saja.  Manakala hidangan sampingan pula kita buat roti pita. Teringin nak makan yang simple gini sebab nanti sahur jenis begini ...tekak dapat menerima.
Tak sangka begitu senang nak membuat roti pita nie...yang sebelum nie saya beli yang dah siap tersedia. Tapi hari ini terpanggil untuk mencuba roti pita..eeemmm tak lah susah sangat. Alhamdulilah bila keluar oven ianya sangat kembung dan cantik kejadian nya. Sukanya hati...



Roti Pita
Sumber: Myresepi


Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit.




Inti Roti Pita


isi ayam- di potong kecil *perapkan dengan lada dan sedikit garam
1 labu bawang erah- - dipotong kiub
1/2 btg lobak merah- di potong kiub kecil
2 btg sosej ayam - di potong kecil
1/2 biji capsicum atau cili merah pun boleh.
sedikit garam dan maggi seasoning
keju mozarella
sedikit minyak.
secekak daun ketumbar- jika suka


Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga agak layu. masukan isi ayam dan goreng sebentar ,masukan lobak merah dan cili dan garam. Goreng sehingga ayam masak ...masukan maggi seasoning dan keju. Tutup api masukan daun ketumbar ...siap.


Hiasan tambahan: hirisan tomato dan daun salad
Nota: maggi seasoning sedikit saja seimbangkan dgn pengunaan garam nanti masin sangat.



############################################################################

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Takziah buat kenalan lama saya Puan Noor Riang dan suami En .Ishak dimana Ibunda tercnta telah di bunuh semalam. Berita kematian hanya di ketahui bila saya membaca laparon harian merto dan buletin new tv3 . sangat sedih dengan kejadian yang menimpa ibunda beliau dimana arwah telah di  tikam di dalam rumah dan meninggal selepas kejadian. Al-Fatihah semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.



2 comments:

rahel said...

Nampak sedap la roti pita tu..

Mamasya said...

Slmt berpuasa buat k.Noor sekeluarga.
sedap roti pitta inti daging..salad ..penuh gitu.Rajin K.Noor buat roti sendiri...elok jadinya
Al fatihah buat bunda kwn k.Noor.sedihnya kejadian begini berlaku...bulan Ramadan pula.moga rohnya dicucuri rahmat..