Tuesday, January 29, 2013

kepingan baguette berinti tuna


Petang petang terasa lapar mula lah mencari apa yang ada. Hehe roti pun jadilah. Tapi jika roti kering di cicah dengan teh susu eemmm sesekali ok lah jika selalu jemu.
Check almari makanan tin hehe ada tuna flake ,ada mayonis maka terhasil lah roti yang begini.
Ada pula daun thyme segar yang di beli di Tesco kelmarin....eeemmm harum baunya. Thyme segar nie sebenarnya dalam list nak buat spaghetti ala seafood tapi memandangkan abah saya tidak menyukai nya saya simpan untuk kegunaan lain. Sekiranya daun menjadi kering...tiada masalah kita simpan dalam botol ..sebab baunya masih sama.


Roti baguettes adakala nya keras dan rapuh tekturnya. Maka untuk menyenangkan saya potong dan kukus kan sebentar. Setelah agak lembut barulah di sapu kan dengan inti.

1 tin tuna flakes
3 sudu besar mayonis
1 tsp serbuk lada hitam
perisakan sedikit garam ----jika perlu
sedikit perahan air lemon atau limau nipis
Cheese secukupnya
 
Campurkan kesemua sehingga sebati.

Sediakan roti yang telah di potong dan letakan inti keatasnya .
Taburkan dengan daun thyme dan taburkan cheese mozarella .
Bakar sebentar sehingga cheese sedikit cair. Keluarkan dan semburkan dengan minyak zaiton dan sedikit parmesan cheese....yummy

3 comments:

Mylesung said...

tak penah lagi kukus roti keras kejung tu..hehe..idea simple & menarik nih! :)

Mamasya said...

Salam sis Noor
betul tu adakala roti baguette keras dan rapuh. bagus juga idea kukus itu...

HomeKreation said...

Salam Noor cayang! Lamaaaaa nya tak bw.... tengoklah, ni pun tetengah mlm... oooo, leh kukus ya...