Hidangan malam yang simple lagi senang.
Disebabkan ketiadaan ikan selama beberapa hari maka kena lah beli ikan impot. Tapi rasanya ikan import berbanding ikan tempatan begitu berbeza. Ikan jenahak,merak,kerapu selalunya harga nya Rm 30 ke atas tapi ikan salmon begini hanya Rm24.
Dari segi kesegaran ...tak pastilah sebab masa beli ikan tu dah defrost dan nampak isinya cantik saja.
Selalunya ikan begini saya akan rendam sekejap dalam larutan tepung untuk hilangkan bau.
Untuk resepi hari ini saya nak cuba buat style crispy yang mengunakan serbuk roti.
Ikan- dibersih dulu
1/2 cawan susu segar.
sedikit lada hitam
garam.
Perap kan ikan di dalam susu selama 30 minit atau pun 3 jam dalam petisejuk.
Sediakan bahan salutan
secukup breadcrumb
sedikit garam dan lada hitam
sebiji telur di pukul.
Keluarkan ikan dari bahan perapan. Celupkan ikan dalam larutan telur dan salutkan pula dengan breadcrumb sehingga menutupi kesemua bahagian ikan.
Goreng secara pan-fried dengan sedikit minyak biasa atau butter. Sewaktu di hidangkan perahkan air limau ke atas ikan.. Yummy.
Untuk yang berdiet boleh di makan begini saja.
No comments:
Post a Comment