Dalam minggu nie saja masuk dua kali buat samosa hot pick untuk minggu ini . Tempohari buat semasa yonyon birthday sekejap saja dah habis. Hehe rasa terkilan juga sebab dalam banyak banyak jenis makanan yang nie paling laris.
Membuatnya pun tidak lah susah sangat cuma masa membalut saja itupun jika dah biasa cepat lah siap. Untuk petang semalam saya hanya gunakan sepekat kecil kulit popia. Jika nak buat kulit sendiri pun senang juga tapi saya malas lah pulak nak mengentel tepong..:(
Yang ini berintikan kentang yang di goreng bersama sedikit daging dan saya letakan secekak daun ketumbar yang di cincang halus kedalam inti yang telah sejuk.
No comments:
Post a Comment