Wednesday, January 2, 2013

roti tuna


Bersarapan pagi dengan hidangan roti baquette yang di potong sebelah. Di lapisi dengan tuna dan mozarella chesse agak mengenyangkan. Kena sekeping saja dah cukup di tambah pula dengan secawan milo panas. Lega rasanya. 
Tapi anak noor tak berapa suka dengan sarapan begini dia lebih suka ...makanan yang lebih berat seperti nasi lemak, roti canai atau mee goreng...alahai susah gak. Paling senang time dulu ada cocoa crunch dengan susu ....habis lincin pulak. So kami berdua saja lah dan Hb suka makan roti yang ada tuna ...sekejap saja dah hilang tinggal pinggan kosong. Kira ok lah...eemmm esuk nak prepare apa pulak.

Roti baguette 4 keping 
1 tin tuna flake kosong
3 tbsp mayonis
1 cili merah- di cincang halus
1/2 sos mustart - tak letak pun tak apa
1/2 tsp salt
serbuk lada hitam- sedikit je
minyak olive secukupnya
keju mozarella secukup rasa.
1 labu bawang besar- d potong dan cincang kecil
perahan air limau nipis   

Roti di letakan di atas tray...titiskan minyak olive sedikit.
Campurkan kesemua ramuan di atas sehingga sebati dan sudu kan ke atas kepingan roti. Tabur keju mozarella secukupnya dan bakar di dalam oven selama 10 min....atau kurang (ikut keranggupan yang di kehendaki )
Setelah keluar dari oven renjis kan dengan sedikit minyak olive agar nampak berkilat sedikit. Siap boleh di makan.   
  

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

salam Noor wah macam sama lah menu kita hari ni, berasas kan roti peranchis tu, tapi akak punya lebih simple, Noor punya lebih hebat rasa nya ni kan ..