Tuesday, January 1, 2013

hari pertama di tahun 2013....pasta saja

Alhamdulilah bertemu kembali di tahun 2013 dengan izin Allah . Harapan semuga kita di bumi Malaysia akan terus makmur, aman dan hidup dengan harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum. Amin.
Pembuka tirai 2013 dengan makanan sajian barat. 
Di siang hari tadi memang sibuk dengan hari pertama persekolahan di Kedah yang bermula awal . Tambahan pula hari ini kita kesekolah menguruskan persekolahan anak naik ke tingkatan empat dengan pakej pelajaran yang telah di sediakan oleh pihak sekolah mengikut dengan keputusan Pmr.



Bahan bahan

Pasta Linguine or Fettuccine (500g)

1 pack of button mushrooms (ada 4 biji )

1/3 cup extra virgin olive oil

2 tbs bawang putih cincang

garam & lada hitam
daun ketumbar sebagai hiasan dan taburan
 selebihnya hiasan di atas .


Cara:

Panaskan air letakan sedikit garam dan setitik dua minyak.

Renih pasta sehingga masak. Hiriskan cendawan secara memanjang.

Letakan 1/2 cwn minyak olive dalam pan , bila panas masukan  cendawan yang telah di hiris . Goreng sebentar dan masukan sedikit garam dan lada. Kacau sehingga cendawan kelihatan kecoklatan dan tutup kan api.

Buang kan air rebusan dan simpan sedikit untuk di masukan kemudian. Masukan pasta yang telah di sejat kedalam cendawan yang telah di goreng tadi.  Buka api perlahan dan biarkan sebati dengan sos cendawan dan perisakan dengan sedikit garam dan lada. Jika kering tambahkan sedikit air rebusan yang di simpan tadi. Tutupkan api dan gaulkan dengan cincangan daun ketumbar.

1 comment:

Unknown said...

Rajinnya Noor...kakpb belum mula masak2 lagi ni. Mood kelaut. Smlm rebus spageti dan goreng je.