Di petang petang yang panas dan suam ini kita sajikan puding kastad yang menyejukan tekak yang kering. Angin petang sepoi sepoi melegakan diri setelah redup di petang hari. Agaknya musim kemarau dah tiba.
Hari ini aktivi persekolahan anak di hari akhir esuk Jumaat bercuti lebih sehari di kedah sebab hari ahad adalah hari keputeraan sultan kedah...cuti umum.
Puding ini saya letak kan dalam bekas kecil supaya senang di makan tanpa perlu di potong...agak lembut. jika di buat dalam bekas besar kenalah senduk nampak bercomot lah sikit.
Puding kastad strawberry
Olahan: CitarasaKu
500 ml susu
60 gm tepung jagung
80 gm gula
2 biji kuning telur
esen vanilla
sedikit garam
20 gm butter
Panaskan susu, masukan esen vanilla
Satukan tepung jagung gula dan sedikit garam. Masukan kuning telur kedalam tepung dan kacau ...kemudian masukan sedikit susu panas sedikit demi sedikit sehingga habis.
Kacau sebati dan masukan kembali larutan kedalam periuk dan kacau sehingga sedikit pekat dan kilat.
Tutupkan api dan masukan butter dan kacau sebati.
Pes Strawberry
6 biji buah strawberry di potong kecil;
40 gm gula
sedikit madu
Panas kan pan dan masukan buah strawberry dan gula. Kacau sehingga gula mencair dan buah menjadi pes pekat.. Masukan sedikit madu biarkan larut dan tutup api.
Cara penyedian:
sediakan bekas atau acuan . Letakan pes strawberry sebagai lapisan bawah dan masukan kastad yang telah di masak . Sejuk kan sebelum di makan.
4 comments:
ermmm...nyam2x
Maaf..nk tnye..susu tu guna susu ape yer??
Maaf..nk tnye..susu tu guna susu ape yer??
Maaf..nk tnye..susu tu guna susu ape yer??
Post a Comment