Friday, January 18, 2013

kurma telur

Bertemu lagi hari Jumaat yang mulia ini. Alhamdulilah hari ini cuaca yang sangat panas serta berdebu. Musim panas dah bermula...hehe makan pun simple simple saja. Hari ini kita masak kurma telur saja dengan ikan goreng dan sambal belacan siap dengan ulam. Menu yang sangat ringkas dengan kos yang sederhana.
Almaklumlah saya kena berjimat cermat juga bila dah jadi suri rumah sepenuh masa. Pengurusan kewangan terletak pada kita juga haha....macam lah pandai sangat kan.
Apapun kita ikut tekak terasa nak makan apa ...selagi kita masih di beri kesihatan yang baik sihat tubuh badan makan lah dengan cara yang sederhana. Jika berlebih nanti memudaratkan badan pulak.

No comments: