Friday, December 14, 2012

samosa kentang berdaging


Samosa buat hidangan teh di petang hari. Suasana hari ini mendung menandakan bila bila masa akan hujan. Berangin kencang membuatkan perut terasa lapar. Mulalah fikir itu ini tapi masa dah suntuk jika hendak buat kuih muih tradisonal ...perut dah lapar. 
Maka teringat pada pek kulit popia yang di beli dalam freezer hari itu emmm projek nie saja yang dapat di makan dalam 1 setengah jam.
Mulalah proses membuat inti dan seterusnya mengulong pastry menjadi tiga segi. Bersegi segi pun ada juga hehe .


Inti samosa

2 biji ubi kentang- di potong dadu- direbus masak
2 sudu serbuk kari
1 labu bawang besar- di cincang halus
1 ulas bawang putih di cincang
400 gm daging cincang
daun ketumbar- di cincang halus
2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula - seimbangkan
Minyak.

Panaskan minyak , masukan cincangan bawang besar dan bawang putih.
Masukan daging kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga daging agak masak.
Masukan ubi kentang yang telah di rebus dan perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukan lada hitam dan sebelum api di tutup masukan cincangan daun ketumbar. Siap

4 comments:

rahel said...

Cantek nampak samosa ni...teringin nak mencuba....

Amie said...

Sedapkan samosa kentang... tapi kalau saya buat, belum habislipat samosa, intinya dah separuh anak-anak makan!

zila norazila said...

samosa nie best klu dapat petang2..alahai sambil minum air teh ..rangup2 sedappp:)

Noor Yusoff said...

Rahel...selamat mencuba ...pasti nak lagi

Amie.....biasa lah ragam anak anak baru nak besar...tapi anak besar pun macam nie juga ..siap tunggu tepi kuali...bila nak siap haha.

Zila .... yey betul tu zila apalagi jika hari hujan..tak kisah kuih apapun pasti makan.