Saturday, December 22, 2012

muffin pandan

Hari pun dah malam baru lah berkesempatan nak mengadap komputer. Letih sangat hari ini bertungkus lumus di dapur. Hehe biasa lah bila cuti sekolah walaupun tidak kemana mana kerja rumah pasti bertimbun. 
Tapi hari ini memang kena kerja lebih sikit sebab nak menyiapkan beberapa muffin serta makanan lain untuk di bawa ke ruma abah pada esuk hari. 
Tugas saya hanya menyediakan beberapa beberapa jenis kuih. Kuih tradisional tu mulanya memang nak buat tapi saya risau pulak tidak tahan di buat awal sebab awal pag esuk kena keluar rumah ....memang tak sempat nak prepare apapun pada sebelah pagi.  Ini saja yang dapat saya buat iaitu muffin pandan, muffin pisang, agar agar laici, agar agar nenas . kek marble dan kek carot. Waaa letihnya hari ini.

Insyallah dengan apa yang saya sediakan ini mencukupi untuk di beri pada tetamu semasa majlis tahlil arwah ibu nanti.

 Saya mengunakan resepi lama dari fotopaged Rinn Chan. Setiap kali nak buat muffin sudah pasti saya akan guna resepi ini ...memang serasi dengan tekak saya.
Resepi boleh di dapati di Fotopages Rinn Chan
Akan tetapi saya letak di bawah ini untuk rujukan .



MUFFIN PANDAN

Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.




1 comment:

Mamasya said...

Aslmkum k.Noor.
nampak moist muffin pandan ni.suka tengok casing itu belang2 ceria.
byk yg dibaking utk kenduri arwah. wpun penat pasti puas hatikan buat sendiri.
Al-fatihah buat arwah bonda k.Noor...moga kenduri arwah berjalan spt yg dirancang.