Tuesday, December 4, 2012

karipap inti kentang

Karipap oh karipap ....kali ini berintikan kentang,daging burger ayam dan telur rebus. Jika boleh semua nak letak haha...tak menang nak makan. Tapi makan 3 biji bersaiz comel dah kenyang selebihnya saya simpan dari petisejuk sebab pastry nie dapat di sejuk bekukan. 
Apapah pastry nie sangat best sebab walaupun nampak macam rapuh gitu tapi bila makan ianya tidak berminyak dan dahaga air. Mungkin kah dengan adanya campuran tepung beras dan tepung ubi tu yang menjadikan adunan ini ada kelainan nya. Jika nak rasai kerapuhan nya kena lah cuba buat sendiri ye.

Resepi boleh di dapati dari Sini...tuan punya resepi sendiri.

Inti karipap pula saya gorengkan dahulu kepingan daging burger ayam dan setelah goreng berulah di potong kiub dan di masukan pada saat akhir inti kentang masak. Telur rebus sebiji di potong 6 bahagian. Setiap karipap di lapisi dengan telur dan inti sebelum di klim bahagian tepi.


3 comments:

rahel said...

Wah...pepagi ni ngadap karipap kentang yea...tapi ada kelainan pada inti...konfirm skejap je habis klu kat umah kita ni...

Nooriah Abdullah said...

salam Noor, karipap mmg tak jemu dimakan kan bak sebijik dua nak rase pasti hebat kaler pun menariksss

Noor Yusoff said...

Rahel>>kadangkala nak bertukar rasa inti nanti tak jemu.

Nooriah>> pastry karipap nie sangat terbaik ..cuba lah.