Friday, December 28, 2012

brownie

As Salam petang Jumaat yang mulia ini.  Hari ini seawal pagi tergerak hati nak makan brownie pulak. Nak makan hanya dua tiga keping saja tapi jka buat puas nak menghabiskan nya. Tapi jika nak makan kena buat lah mana tau nanti jika ada tetamu datang bertandang ...aaa rezeki la.
Dalam banyak banyak resepi brownie saya telah cuba saya teringin pula nak cuba resepi dari Dapur Arang.
Ianya satu resepi tradisional dan nampak tak banyak kerenah.
Bila dah siap...walaaaa sedap dan tidak manis seperti resepi yang selalu saya buat saya selalu kurangkan kandungan gula. Berlainan pula dengan resepi ini ...kurang manis jadi bila di tambah dengan coklat agak ok.

Sumber : Dapur Arang
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (brown sugar)
50 gm cooking coklat

Bahan B
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
2 s/b roasted badam cincang

Cara Menyediakan :
- Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
- Kacau bahan A supaya sebati.
- Masukkan bahan B dan kacau rata.
- Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
- Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
- Bakar selama 45 - 50 minit.
- Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Bahan Krim Coklat :
250 gm cooking coklat
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara Menyediakan :
- Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
- Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter.
- Kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau lagi.
- Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
 



1 comment:

rahel said...

Sedapnya brownie ni...alangkah bagusnya klu dpt mkn satu slice k...hehe