Friday, December 7, 2012

dhall sayur & beriani udang

Assalamualaikum...kembali bersiaran. Kelmarin saya ada appointment doc jadi saya menghabiskan masa di luar kawasan setelah bertemu janji dan kebetulan pulak Hb offdays. 
Bukan saya sakit tapi buat routine checkup saja. Alhamdulilah saya sihat dan blood test menunjukan 5.5 tahap normal. Amin...saya kekadang memang takut setiap kali saya menyediakan dessert saya selalu pastikan kandungan gula tidak tinggi sekadar secukup rasa saja. Dan jika makan termanis saya akan pastikan minum air kosong saja. 
Ok....nie menu saya dua hari yang lepas. Saya suka sangat makan kuah dhall begini tanpa ada daging atau ayam...ala veggie gitu. Jika tidak habis saya akan panaskan dan dapat di buat cicah dengan roti arab atau roti biasa pada waktu malam. Sedap tau apalagi jika ada sambal ikan bilis lagi mengancam pedas.
Resepi ini ringkas dan tidak berminyak . Bagi orang yang suka rasa sedikit masam boleh letakan sedikit air asam dan santan, Jika tak letak pun ok, Tapi saya hanya masukan sedikit saja..untuk seimbangkan rasa. 

Kari Dhall Sayur

Bahan-bahan  

1 cawan kacang dal

2 batang carrot – saya potong agak agak saja

1 biji terung panjang – dipotong bulat tidak terlalu tebal

2 biji kentang dibelah

  sedikit serbuk kunyit

 Cili hijau- jika suka

    **1 inci halia  

    **2 biji bawang putih  

    **3-4 biji bawang  

Sedikit air asam jawa  - jika suka

Sedikit santan  - jika suka



Bahan tumis darat

 sedikit daun kari

 sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis

 1 sudu kecil biji sawi

minyak untuk menumis

 garam & gula sesedap rasa

 3 biji cili kering- di potong pendek



Bahan bertanda ** saya kisar separuh halus.





Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.

Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.

Masukan bahan kisar biarkan sebati . Masukan sedikit air asam jawa .

Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak. Akhir sekali masukan santan.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan cili kering dahulu di ikuti dengan bahan tumisan yang lain . Biarkan  layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.

Perisakan dengan garam dan sedikit gula…balance kan hummm yummy. 


Hari nie tak nak highlight nasi beriani udang hehe semua orang dah pandai masak . Ada pelbagai resepi ...goggle saja dah dapat.
Cuma kadangkala kita berbeza air tangan yang menjadikan ianya lebih sedap. Kadangkala apa yang kita masak kita makan dan kita rasa biasa saja. Bila kita makan masakan oranglain sedap nya sampai termimpi mimpi kan. Itulah bezanya walhal resepi yang sama. 
Apapun bagi saya bila saya masak nasi nie saya akan teringat pada Arwah Ibunda saya ...hari hari terakhir ibu menjamah nasi yang saya masak..ibu cakap sedap dan nak tambah. Tapi adik saya cakap jangan bagi ibu tambah nanti selang seminggu ibu nak kena checkup , takut doc marah ...kolesterol tinggi. Semua ini tinggal kenangan buat saya . Tapi saya beri juga ibu menambah dalam jumlah sedikit...sembunyi dari adik. 
Takdir telah menentukan akhirnya...ibu perg jua sebelum sempat checkup terkahirnya . Al-Fatihah buat Arwah.Semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

1 comment:

rahel said...

Sayur dhall...sedapnyer...teringin nak makan..