Tuesday, December 25, 2012

carot cake

Kek yang di buat tempohari untuk mertua adik. Kami memanggil mertua adik denga panggilan "Mama" sejak dari pertama kali adik noor berkahwin dulu.  Beliau seorang yang sangat baik dengan arwah ibu dan abah kami. Sewaktu arwah ibu sakit beliau selalu datang melawat...malah ketika arwah ibu sihat dulu pun kami selalu menghabiskan cuti dalam keluarga yang besar. Meriah sangat bila semua berkumpul .
Untuk jamuan tahlil tempohari hari Mama datang awal untuk membantu menolong kami adik beradik menyiapkan sajian malah siap memasak pelbahai lauk lagi . 

Telah banyak kali saya membuat kek karot. Tapi kali ini saya ingin mencuba resepi Leen sebab saya nampak banyak feedback menyatakan kek ini sangat lembut dan sedap. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan untuk mencuba resepi ini.
Memangnya sedap dan lembut Alhamdulilah..



Carrot Cake Leen Omar

Resipi.net



Bahan2:

Tepung Berserbuk Penaik 2 ½ cwn

Baking Powder 1 sudu teh

Bicarbonate Soda 1 sudu teh

Cinnamon Powder 1 sudu teh (optional)

Garam ¼ sudu teh

Brown Sugar ¾ cwn

Castor Sugar 1 cwn

Telur 4 bj

Minyak Jagung 1 cwn – saya tidak guna

Mentega Cair 1 cwn – saya gantikan jadi 2

Lobak Parut 3 cwn [lebih kurang 2 bj

yg sederhana besar]

Walnut cincang ¾ cwn

2 sudu besar air oren yang di perah





Topping:

Cream Cheese ¾ ketul

100g butter/krimwell

Icing Sugar 1/3 cwn

Lemon Juice (optional) 1 sudu teh

(kalau suka lebih rasa cheese kurangkan sedikit kuantiti butter/krimwell)



Cara-cara:

1. Panaskan oven 180c

2. Ayak tepung bersama baking powder & bicarbonate soda dlm mangkuk

3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur.

4. Kisar adunan sehingga lembut / gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.

5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam. Test ngan lidi. 

6. Biarkan sejuk then buat topping.



Hiasan Krim Keju:



Masukkan semua bahan ke dlm mangkuk. Kisar hingga halus & sapukan pd. kek.

1 comment:

Chik Mimi said...

Assalam noor cantiknya saya pun dah lama teringin nak mencuba tapi tak terbuat2 juga