Sunday, December 2, 2012

roti pita

Makan malam hari ini sempena melayan perlawanan bola buat Hb. Saya bukanlah peminat bola tapi sekadar melihat camtu saja....tapi malam nie clash pulak dengan master chef maka terpaksa lah melayan channel tu di bilik lain...nonton sorang sorang.

 Senangkan makan malam ini ..saya tak perlu mengemas banyak benda sebab semua telah tersedia cuma tunggu untuk cucian saja. Hish...malas betul saya malam nie di sebabkan hujan lebat sangat kat luar tu...maka siaran tv astro tidak dapat berfungsi akhirnya terpaksa mengalah pada laluan bola dari Tv1.

Dengan resepi yang mudah dari Sini....saya cuma tukarkan inti nya saja pada hirisan daging burger dan sosej ayamas berperisa lada dan di goreng dengan hirisan bawang besar akhir sekali letakan cheese yang di slice panjang bersama salad dan cerry tomato.
Semasa mengoreng cincangan daging tu letakan sedikit sos worcestershire atau maggi dan sedikit herba thyme untuk rasa herba.


No comments: