As salam...semuga ceria di pagi sabtu yang indah ini. Seawal pagi saya sudah pun mula menyediakan lauk pauk untuk makan tengahari nanti. Seperti biasa jika time cuti sekolah begini kadang kala saya akan leka depan pc nanti dapur tidak berasap pulak. Bila tugasan ini selesai baru lah saya dok lama pun tak apa kan.
Hari ini dua hidangan main saya sediakan sebab saya kurang mengemari sup oxtail nie pada saya lah rasanya berlemak sikit . Oleh kerana saya tidak suka maka saya harus buat kuah yang saya boleh makan haha.
So pilihan saya adalah kari ikan merah je.
Saya tek letak resepi lah sebab saya pasti semua orang pandai masak kari kan. Tapi kelainan pada kari ini adalah dari tumisan nya saja .
Untuk kari jenis ikan blok camnie saya lebih suka menghiriskan halia halus halus untuk menghindarkan dari bau ikan walaupun ikan telah di cuci dengan air beras/tepung .
Bahan rempah tumis adalah terdiri dari bawang merah di hiris, bawang putih di ketuk, halba campur dan hirisan halia da daun kari.
Di akhir masakan baru di masukan cili hijau...untuk mendapatkan rasa serta bau.
Untuk jenis sup begini saya lebihkan kepada lada hitam yang di kisar selain dari bahan kebiasaan .
2 comments:
Akak suka kari,tak kisah kari ikan,ayam atau daging....mmg fav sgt2.
Norzie >>>samalah kita kat rmh anak kita jika tak ada kari sehari dah mula minta ...jadi kari adalah menu yang sukar di pisahkan.
Post a Comment