Saturday, December 29, 2012

kek gula hangus

 Lama tersimpan hasrat hendak mencuba kek gulaa hangus tapi selalunya lihat resepi memerlukan bilangan telur yang banyak. Ternampak pula resepi ini dari Dapur Arang..hanya 4 biji telur. Bersaiz kecil comel ...molek lah untuk kami bertiga. Tapi tak juga boleh di katakan bersaiz sedang gitu.
Alhamdulilah menjadi jua akhirnya..walaupun saya kehabisan soda bikarbonat. Nampak tak kek saya kurang berongga rongga kan. Ada tapi tak banyak insyallah nanti boleh buat lagi.
Nak buat camana kan bila dah adun kesemua bahan tiba tiba satu bahan dah habis stok simpanan...hehe tak sedar . Lepas nie kena buat inventori kemas kini.
 


KEK GULA HANGUS
Sumber: Dapur Arang
 
Bahan-Bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.


No comments: