Sunday, December 30, 2012

green tea chiffon cake

Alhamdulilah tahun 2012 akan berlabuh pergi meninggalkan kita dengan segala peristiwa pahit manis serta kesedihan dengan permergian orang tercinta. 
2013 bakal bertamu di depan kita semuga ianya meniti kemanisan dalam kehidupan seharian sebagaimana manisnya desert kita dan pedasnya sambal tumis harus kita jalani dengan sabar dan tekun. 
Semuga 2012 yang lalu memberikan keberkatan dalam hidup dan terus menuju kedepan dengan hati serta jiwa yang terbuka dalam menimba segala ilmu dunia dan akhirat. Amin.
Apapun kita doa kan semuga kengkawan di sana pun akan menjalani kehidupan yang lebih baik, ceria dan aman di bumi tercinta 2013 bakal menyinar dalam tempoh terdekat.


Ini adalah entri terakhir di tahun 2012 semuga kita bersua lagi insyallah dengan catatan harian dunia masakan yang lebih bergaya hehe. Harapan semuga kita dalam keadaan sihat dan ceria maka dapur kita pun akan ceria dengan makanan yang lazat. Amin. 
Nikmatillah kek chiffon green tea haha. Nak cakap sedap ...kira ok lah sebab ianya menjadi dengan hanya mengunakan 2 butir telur saja. Bersaiz kecil ...comel lote kan cukup cukup potong 6 keping . Kira ok lah untuk kami bertiga seorang dapat makan 2 keping .


Resepi nie saya ambil dari Sini. Resepi asalnya adalah perisa Milo tapi saya tukar kan kepada green tea.


Ingredients
(make one 16cm cake)

1 tablespoon milo powder
20ml hot water
2 egg yolks
20g caster sugar
20ml olive oil
40g self-raising flour

2 egg whites
1/4 teaspoon cream of tartar
50g caster sugar

Method:
  1. Stir milo powder with hot water until dissolved. Let cool. Sieve flour and set aside.
  2. Separate egg yolks/whites and bring to room temperature.
  3. Whisk egg yolks and sugar in a mixing bowl until sugar just dissolved. Add in milo mixture and oil. Whisk till combined. Sieve over the flour and fold gently with a spatula until flour is fully incorporated into the batter.
  4. In a clean, dry mixing bowl, whisk egg whites and cream of tartar with an electric mixer until mixture becomes frothy and foamy. Add in the sugar in 3 separate additions while beating at high speed till stiff peaks form.
  5. Add the egg white foam into the egg yolk batter in 3 separate additions, each time folding gently with a spatula until just blended.
  6. Pour batter into a 16cm (6 inch) tube pan (do not grease the pan). Bake in pre-heated oven at 170 degC for 25 ~ 30mins or until the cake surface turns golden brown, and a skewer inserted into the centre comes out clean.
  7. Remove from the oven and invert the pan immediately. Let cool completely before unmould.
Recipe source: adapted from Chiffon Cake is Done by Kevin Chai



Saturday, December 29, 2012

kek gula hangus

 Lama tersimpan hasrat hendak mencuba kek gulaa hangus tapi selalunya lihat resepi memerlukan bilangan telur yang banyak. Ternampak pula resepi ini dari Dapur Arang..hanya 4 biji telur. Bersaiz kecil comel ...molek lah untuk kami bertiga. Tapi tak juga boleh di katakan bersaiz sedang gitu.
Alhamdulilah menjadi jua akhirnya..walaupun saya kehabisan soda bikarbonat. Nampak tak kek saya kurang berongga rongga kan. Ada tapi tak banyak insyallah nanti boleh buat lagi.
Nak buat camana kan bila dah adun kesemua bahan tiba tiba satu bahan dah habis stok simpanan...hehe tak sedar . Lepas nie kena buat inventori kemas kini.
 


KEK GULA HANGUS
Sumber: Dapur Arang
 
Bahan-Bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.


Friday, December 28, 2012

brownie

As Salam petang Jumaat yang mulia ini.  Hari ini seawal pagi tergerak hati nak makan brownie pulak. Nak makan hanya dua tiga keping saja tapi jka buat puas nak menghabiskan nya. Tapi jika nak makan kena buat lah mana tau nanti jika ada tetamu datang bertandang ...aaa rezeki la.
Dalam banyak banyak resepi brownie saya telah cuba saya teringin pula nak cuba resepi dari Dapur Arang.
Ianya satu resepi tradisional dan nampak tak banyak kerenah.
Bila dah siap...walaaaa sedap dan tidak manis seperti resepi yang selalu saya buat saya selalu kurangkan kandungan gula. Berlainan pula dengan resepi ini ...kurang manis jadi bila di tambah dengan coklat agak ok.

Sumber : Dapur Arang
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (brown sugar)
50 gm cooking coklat

Bahan B
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
2 s/b roasted badam cincang

Cara Menyediakan :
- Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
- Kacau bahan A supaya sebati.
- Masukkan bahan B dan kacau rata.
- Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
- Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
- Bakar selama 45 - 50 minit.
- Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Bahan Krim Coklat :
250 gm cooking coklat
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara Menyediakan :
- Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
- Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter.
- Kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau lagi.
- Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
 



Thursday, December 27, 2012

roti pratha & dhall

Makan malam yang simple bersama kuah dhall yang di masak waktu tengahari. Dua tiga hari ini terasa malas sangat nak update story masak 
Roti pratha yang di sejuk beku menjadikan kerja rumah menjadi cepat . Hehe apapun bila rajin barulah saya siap menguli tepung serta mencanai roti . Biasanya roti yang telah di canai sebelum di sejukbeku kan saya akan nengoreng sebentar agar roti yang nipis itu tidak bercantum sewaktu kita simpan.
Setiap helaian roti hendaklah di lapis dengan sehelai plastic.
 

Tuesday, December 25, 2012

carot cake

Kek yang di buat tempohari untuk mertua adik. Kami memanggil mertua adik denga panggilan "Mama" sejak dari pertama kali adik noor berkahwin dulu.  Beliau seorang yang sangat baik dengan arwah ibu dan abah kami. Sewaktu arwah ibu sakit beliau selalu datang melawat...malah ketika arwah ibu sihat dulu pun kami selalu menghabiskan cuti dalam keluarga yang besar. Meriah sangat bila semua berkumpul .
Untuk jamuan tahlil tempohari hari Mama datang awal untuk membantu menolong kami adik beradik menyiapkan sajian malah siap memasak pelbahai lauk lagi . 

Telah banyak kali saya membuat kek karot. Tapi kali ini saya ingin mencuba resepi Leen sebab saya nampak banyak feedback menyatakan kek ini sangat lembut dan sedap. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan untuk mencuba resepi ini.
Memangnya sedap dan lembut Alhamdulilah..



Carrot Cake Leen Omar

Resipi.net



Bahan2:

Tepung Berserbuk Penaik 2 ½ cwn

Baking Powder 1 sudu teh

Bicarbonate Soda 1 sudu teh

Cinnamon Powder 1 sudu teh (optional)

Garam ¼ sudu teh

Brown Sugar ¾ cwn

Castor Sugar 1 cwn

Telur 4 bj

Minyak Jagung 1 cwn – saya tidak guna

Mentega Cair 1 cwn – saya gantikan jadi 2

Lobak Parut 3 cwn [lebih kurang 2 bj

yg sederhana besar]

Walnut cincang ¾ cwn

2 sudu besar air oren yang di perah





Topping:

Cream Cheese ¾ ketul

100g butter/krimwell

Icing Sugar 1/3 cwn

Lemon Juice (optional) 1 sudu teh

(kalau suka lebih rasa cheese kurangkan sedikit kuantiti butter/krimwell)



Cara-cara:

1. Panaskan oven 180c

2. Ayak tepung bersama baking powder & bicarbonate soda dlm mangkuk

3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur.

4. Kisar adunan sehingga lembut / gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.

5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam. Test ngan lidi. 

6. Biarkan sejuk then buat topping.



Hiasan Krim Keju:



Masukkan semua bahan ke dlm mangkuk. Kisar hingga halus & sapukan pd. kek.