Tuesday, October 4, 2011

Karipap inti Sardin

Petang tadi hujan. Keadaan sejuk dan lembab membuat perut terasa lapar sangat. Peratus Malas tinggi berbanding Rajin. Tercari cari nak makan apa yang tinggal baki biskut raya hihi tapi tak terasa nak makan sebab jemu. At last kena merajinkan diri buat sesuatu..emmm yang cepat di makan. Maka karipap lah menjadi pilihan manakala intinya sardin ...beres. Tak sampai 1 jam kita dah boleh goreng dan makan. Lega betul bila dah makan.


Inti Sardin

1 tin sardin - sos di buang sedikit dan ikan di cincang kecil
1 biji bawang besar - di potong kiub
2 ulas bawang putih- di cincang halus
2 biji ubi kentang- di potong kiub kecil
2 tsp cili kisar
minyak untuk menumis

Tumis sebahagian bawang dan bawang putih sebentar.
Masukan cili kisar dan ubi kentang , goreng sebentar dan masukan sedikit air.
Tunggu sehingga ubi empuk barulah di masukan sardin yang telah di buang sedikit sos nya.
Goreng sehingga air kering sedikit barulah di masukan sedikit garam dan sebelum tutup api masukan
sebahagian bawang.

1 comment:

Juwita Jamaludin said...

salam noor.. terima kasih singgah blog akak.. sedap nampak ayam tu noor.. masak sendiri puas hatikan