Friday, October 14, 2011
Roti lapis berkeju
Buat minum petang ini saya tertawan dengan menu dari dapur Secubit garam . Lagipun stok roti yang dah masuk 4 hari tu masih elok lagi belum expire tau memang sesuai untuk buat nie. Dah lama teringin nak buat sebijik macam Knor tu buat tapi inilah hasil yang kita buat tak sama kan. Sebabnya , kita telah derhaka sikit pada resepi ini. Terima kasih Knor...roti ini memang sedap tapi tak secantik dalam blog Knor punya. Saya buat dalam loaf pan yang bersaiz kecil cukup cukup untuk kami bertiga saja. Pada sesiapa yang nak lihat roti Knor sila lah klik pada Secubit Garam. Di situ terdapat cara membuat dengan lebih teratur.
Apapun saya copypaste resepi beliau kat bawah sebagai rujukan. Terima kasih Knor..saya sangat suka nak buat lagi sebab ianya sedap dan ringkas.
Saya buat dalam sukatan setengah saja.
ROTI LAPIS DAGING BERKEJUresipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam - saya guna rempah cayenne dan rempah oregano
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus- tidak guna daun ini
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut
Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam.
Goreng hingga wangi dan masukkan air.
Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
Masukkan daun limau purut dan cili merah.
Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
Goreng hingga kering dan padamkan api.
Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan dgn sos cili.
Labels:
Variasi Roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam noor, terima kasih sudi cuba.. mmg mudah dan sedap kan.. guna cayenne dan oregano ya.. mesti sedap gak tu.. wangi bau oregano.. boleh try lain kali :)
Aslmkum k.Noor
roti lapis keju...idea yg baik utk habiskan roti.
slmt berhujung minggu buat k.Noor.
K.Nor suka nya saya buat makanan petang sesedap ini. Terima kasih.
Mamasya......yeah yeah enjoy weekend ye. Tuan punya resepi K.Nor ...saya pun suka yang simple macam nie.
Post a Comment