Sunday, October 2, 2011

Daging masak hitam

 
Lama tak buat daging masak hitam. Kekadang bila rasa nak masak nie my Yon yon request buat kurma daging pula. Memandangkan hari ini daging yang dibeli dalam pek dari tesco nie  daging tempatan tapi bukanlah daging batang pinang...lambat sikit nak masak maka sesuailah di buat masak hitam saja.
Gandingan nasi pula kita masak nasi minyak beraroma daun kari juga...kira sesuailah di tambah pula dengan jelatah nenas,


Nie lah cara yang saya buat ,

Daging masak hitam
300 gm daging – dipotong kiub
15 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 inci halia
gula dan garam secukup rasa
 2 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah dan 2 ulas bwg putih - hiriskan untuk menumis
2 btg serai di tindik
Daun kari = jika suka

Cili kering,bawang nesar ,bawang merah,bawang putih dan halia di mesin halus.
Tumiskan bahan tumisan dan kisar dengan secukup minyak (agakagak ) bersama kulit kayu manis dan daun kari. Biarkan cili masak dahulu barulah masukan
Daging yang di potong kiub dan juga serai. Renehkan daging sehingga lembut jika perlu tambahkan sedikit air sehingga empuk.
Setelah daging lembut barulah di masukan kicap serta garam dan serbuk perasa. Dan gula. Siap

2 comments:

Chik Mimi said...

sedap ni noor lama tak masak dgg sbb pressure cooker ghosak

CitarasaKu said...

hehe kita kat rumah tak guna pressure cooker sbb masak sikit malas nak cuci haha. Tapi jika reneh sup tu mesti kena guna juga.