Saturday, October 15, 2011

Lompang warna warni



Waktu pulang dari kenduri cousin tadi hari nampak mendung tapi masih terasa bahang kepanasannya tahap maximum . Rehat sekejap terus mandi walaupun di luar langit hitam bagai nak rak. (hujan mau turun la )Teringat nak prepare makan mjnum petang yang simple n dinner yang simple. Mulanya nak buat setengah adunan pastu fikir sikit pula , akhirnya kita ikut resepi secukupnya .
Waaa pengsan camana nak habis banyak sungguh ..itulah tamak sangat.

Satu pinggan besar dan satu pinggan sederhana besar kira kira 7 biji lagi. Waaa lain kali kena buat setengah adunan saja....
 Resepi lompang nie saya kutip dari majalah Rasa website. Saya copypaste kat sini . Alhamdulilah resepi ini menjadi juga rasanya kenyal sedikit. Apapun saya tidak arif sangat mengenai rasa kuih lompang memandangkan saya jarang merasai kuih ini dan tahu tahap kesedapan nya. Jika ada resepi yang lebih enak sila lah wawar kan pada saya hihi I follow.

LOMPANG WARNA WARNI ::

BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
250gm gula putih
190gm kelapa parut
Garam secukup rasa
Air kapur secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
Pewarna merah jambu secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tepung jagung dan tepung beras dibancuh dengan 250ml air dan sedikit garam serta air kapur.
2. Masak gula putih dengan 500ml air hingga mendidih dan gula hancur. Angkat biarkan sejuk.
3. Setelah sejuk, tuangkan di dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sebati. dan bahagikan kepada tiga adunan. Tuangkan pewarna hijau dan merah jambu pada setiap adunan dan satu adunan lagi tidak perlu diwarnakan.
4. Sementara itu, panaskan beberapa mangkuk kecil acuan kuih lompang di dalam kukusan. Tuangkan adunan anggaran 3/4 tinggi supaya tidak melimpah keluar apabila masak. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan. Tabur kelapa yang dicampur sedikit garam di atas kuih lompang dan hidangkan.

No comments: