Sunday, October 16, 2011

Apam Polkadot


Hidangan petang yang panas terik dengan secawan teh. Hari ini saya siap sukat buat setengah adunan saja jadi tidak membazir macam semalam .
Apam polkadot yang berinti strawberry puree memang sedap .Resepi saya ambil dari MyResepi dan saya copy dan paste di bawah ini.

Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

No comments: