Wednesday, October 19, 2011

Sarapan pagi

Mula tak nak tunjuk tapi nak juga tunjuk hasil kerja kita yang telah berusaha berkali kali. Alahai Hb cakap tak payah lah buat next time beli saja. Nak tergelak guling guling pun ada juga bila lihat betapa kreatif yang kita buat roti canai. Suatu waktu dulu blogger Mamafami selalu buat roti canai ..ha ha zaman fotopages la ..roti canai dia memang cantik . So kita pun nak buat sebijik macam tu tapi tangan kita nie buat tak menjadi . Jangan kata nak tebar belum tebar pun dah putus dan berlobang.
So semalam punya dinner masing masing makan roti canai yang dah jadi perca kain . Pagi tadi cuba buat lagi apapun hasilnya boleh la...eemm setakat nampak macam roti canai adalah. Tapi dari segi rasa ...sedap adunan ini. Roti yang lemak dan lembut .

Dengan tidak malu saya posting gambar kat bawah nie.

3 comments:

Chik Mimi said...

Tak pa noor yg penting hasil dr ayeq tangan kita
cheq 1st time pun tebai je
dah lama tak buat ,BM tu pun dah duk tidoq ja

Mamasya said...

Sypun tak pass lagi buat roti canai...pernah buat tp bila pelanggan dirumah ckp tak pass ..terus malas nak buat lagi.apa2pun puas hati kan sbb kita dah cuba buat sendiri....

Ayam said...

chik mimi dan mamasya...nampak cam senang nak buat bila buat baru tau...susah gak nak sediakan Hihi cubaan kan.