Kuih muih amat jarang saya buat sebab ahli dalam rumah saya kurang berminat ,hanya saya seorang saja yang ada kala teringin nak merasa kuih muih . Dulu saya pernah buat kuih ini ...dah lama dah tiba tiba hari ini teringat pula pada si Nona Manis semanis nama yang di berikan memang sedap
Resepi ini saya sunting dari blog warisan mama .Saya lampirkan resepi di sini pada yang ingin mencuba .
Bahan
A
1
biji telur
1/2
cawan gula halus
1
cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1
cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan,
kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau
rata.
Bila dah siap ketepikan
Bahan
B
1/2
cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2
cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis
1/4
cawan gula halus
1/4
cawan tepung jagung
secubit
garam
sedikit
pewarna hijau apple
sedikit
emalco pandan (optional)
Ambil 5 helai daun
pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit
garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna
hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia
meletup-letup, kilat dan sedikit pekat
* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan
licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih
Bahan C
1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA
campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana
sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau
bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya
mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup
kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang
dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4
cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan
hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan