Friday, May 22, 2015

roti butter manis


 Selamat bersua kembali setelah sekian lama bertapa.
Bukan apa asyik asyik kembali dengan menu yang sama  terasa malas nak letang ulang kali sebenarnya. Tapi petang ini terasa diri free sangat nak membebel di sini dengan hidangan minum petang semalam . Cuaca pun panas membahang buat kerja roti nie amat menyenangkan ..semua proses menjadi cepat dan cepat makan ..tapi kena bertahan sedikit sebab haba di dapur pun sama naik dengan roti . Saya mengunakan doh roti asas tapi dengan K Kerim menjadikan roti saya naik gebu segebu roti di kedai roti ...
Alhamdulilah menjadi dengan jayanya ..
Akak hanya buat roti kosong dan letakan butter scs di atas roti dengan sedikit siraman gula putih . Bila makan terasa sedikit kemasinan dari butter dan manis dari gula . Doh ini boleh di pelbagai guna untuk semua jenis roti .











Doh Roti serbaguna
Doh asas


400gm tepung roti
100gm tepung gandum
100gm gula kastor
5gm garam
8gm yis
7gm bread improver - akak gantikan dgn K-cream super
30gm tepung susu
240gm air sejuk
1bj telur
50gm butter/shortening


saya guna BM masukkan bahan cecair dulu baru masukkan bahan kering.  . tunggu 30 minit menguli dan 1 jam untuk naik... keluarkan tumbuk2kan buang angin baru bentukkan. lepas tu biarkan mengembang sebelum dibakar. sapukan susu cair+air sedikit utk disapu atas roti sebelum dibakar. selepas bakar sapu butter/margerin. bakar suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak...



No comments: