Wednesday, May 16, 2012

Sayur Peria goreng belachan


Sayur buat lunch tadi. Dulu memang tak suka sayur nie tapi sekarang dah ok sikit sebab dengan adanya petua petua untuk mengurangkan rasa pahit sayur ini telah menukar persepsi saya.
Hari ini sayur peria saya buat goreng sahaja.
Sambal belachan yang di tumbuk bersama sedikit udang kering kasar kasar dan di goreng di dalam sedikit minyak panas sehingga wangi . Setelah wangi masukan sayur peria yang di potong pada ketebalan yang sedang dan di gorengkan. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah dan sedikit gula. Sebelum di tutup api..masukan sebiji telur biarkan seketika dan gaul sebati. Tutup api dan siap di hidangkan. Ringkas kan.


Petang pula saya tak pasti nak sedikan apa untuk sajian minum teh. Jika hari hujan alangkah indahnya dapat meneguk secawan teh panas bersama sepiring kuih.haha. Insyallah jika rajin ada lah kuih nya.

2 comments:

rahel said...

Wah..sedap ni sesuai utk yg ada darah tinggi dan kencing manis..hehe..

Ayam said...

Rahel>>betul tu saya makan sebab baik untuk kesihatan walaupun kita tidak menghadapi kedua dua jenis penyakit tersebut tapi sebagai langkah berhati hati saja.