Saturday, March 10, 2012

Ginger mousse


Sebab sebab terhasil nya mousse didalam gelas berkaki ini. Saya plan nak buat surprised kat birthday kawan tapi malangnya cheesecake yang saya buat itu tidak set (keras) sebab saya telah terkurang dalam proses memasukan serbuk agar agar dengan kuantiti yang tepat. (nak tahu cermin mata saya hilang secara tidak sedar semasa pulang dari shopping di tesco ) mata saya blur akibatnya ...beginilah jadinya. Bahagian ini adalah lebihan yang saya tuang dalam acuan ...sayangkan nak buang. ( Masa nie saya belum tahu lagi cheesecake saya agak lembik ).

So mousse nie saya letak nama sebagai Ginger mousse
Saya gunakan lebihan crakers halia yang telah di kisar halus dan saya letakan di bahagian bawah gelas sebagai base dan tuangkan adunan cheesecake dan pada bahagian atas sekali lagi taburkan biskut ..suka la nak banyak mana...kita nak habiskan saja. Cantikkan lagi dengan  buah strawberry.
Rupa rupanya lagi sedap jika saya buat begini. Cukup cukup dapat dua gelas saja. Untuk projek surprised tu , nampaknya kantoi laaa.





2 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm Noor. Nasib lah kreatip, dapat selamatkan.... best ni bila ada campuran biskut tu.

blogresipi.com said...

Salam Kak Noor,
Alahai kesiannya tak menjadi pula surprise. Tp mujur jugak jadi mousse ni ye kak. hehe :)