Monday, March 5, 2012

Nasi kuning kukus


Hari ini sudah di jangkiti Virus Nasi kuning kukus ~ AlongRos . Waktu meneliti resepi nampak macam versi nasi lemak kukus pun ada..tapi nampak sangat mengoda , dengan warna kuning keemasan.
Taknak lepas peluang nak juga rasa camana ye....rasanya. Di sebabkan rasa teringin dan terliur saya pun memulakan awal pagi dengan menu yang ada di depan mata . 
Alhamdulilah untuk lunch hari ini suksess tau...My Yonyon cakap mama sedap nasi nie nak buat lagi ...so kira  5 star lah.


Nasi ini di gandingkan dengan Ayam masak pedas....yang tak berapa pedas disebabkan faktor cuaca panas tidak sesuai untuk tekak. Jadi saya gunakan tomato puree dengan sedikit cili saja.
Resepi ini nasi kuning kukus ini saya copypaste dari blog Homekreation sebagai rujukan saya.

Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Di cuba: CitarasaKu
Idea drpd majalah Sedap (resepi dah di ubahsuai)
Hidangan 5 orang
BAHAN2:
2 1/2 cwn-ukuran-beras Beras Bhasmati - bilas
3 1/2 cwn-ukuran-beras (600ml) Santan
1 helai Daun Pandan
1 helai Daun Salam
3 bj Bunga Cengkih
1 st Serbuk Kunyit
1st Garam

CARA2:
1. Letakkan kesemua bahan2, kecuali beras, ke dlm kuali.
Masak & kacau sehingga mendidih.
Masukkan beras & masak sehingga santan meresap ke dlm beras.

2. Masukkan beras ke dalam bekas tin & kukus selama 45 min sehingga masak.

3. Taburkan bwg goreng sewaktu menghidang.
Hidangkan dgn lauk kesukaan anda.

 

2 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm Noor cayang. Datang nak kasi pingat cekap & cemerlang sebab orang pertama yg mencuba resepi dari blog Along!! Thumbs up!

CitarasaKu said...

Wasalam Along...hihi memang sedap