Friday, March 16, 2012

Lompang warna warni


Salam pagi Jumaat yang indah ini . Cuti sekolah hanya tinggal sehari saja lagi . Cepatnya masa berlalu.
Hidangan minum petang semalam. Bermula dengan kuih kosui yang habis dengan cepatnya maka kita cuba pulak dengan kuih tradisional ini. Adunan nampak hampir sama saja kecuali ada tepung sagu. 
Cuti sekolah kan ...kami tidak kemana mana sebab Amirul sibuk dengan kelas tambahan pada waktu petang jadi bila pulang dari kelas dia mesti nak makan . Emmm sekarang dok fikir nak buat apa pulak untuk minum petang ini. Hari ini Jumaat ,kelas tusyen bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari saja, Sebelah petangnya pula kengkawan dia akan datang rumah buat group study.

  
Kuih Lompang

Di cuba -CitarasaKu
Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung Sagu/tpng ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan
Cara-cara
1.  Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
2.  Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
3.  Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
4.  Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5.  Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6.  Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
7.  Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
8.  Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.

2 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Noor.lepas kuih kasui...kuih lompang pula....dua2 sy suka...letak kelapa muda byk2 tu yg buat sedap...

CitarasaKu said...

Mamasya...wasalam...
Saya nie memang tak selalu buat kuih muih nie sebab tak pandai bila dah cuba rupa rupanya senang jugak sebab tu beratur entry kukus.Hihi..bab kelapa muda tu susah nak cari apa yang ada kat kedai tu kita rembat saja.