Thursday, March 22, 2012

Minum petang ~ Karipap Ala IKEA


Petang tadi hujan agak lebat juga setelah hampir seminggu hujan tidak turun. Bahang kepanasan memang terasa sejak akhir akhir ini cuaca sangat terik buat kulit pun sangat kering. Malas untuk keluar rumah jika tidak perlu. Kita lebih suka keluar malam hari saja untuk membeli barang keperluan. Lari dari kesesakan serta kepanasan dan shopping waktu malam lebih tenang dan suasana santai .
Ok...selalu saja kita dengar orang bercerita mengenai karipap yang di jual berdekatan Ikea yang sangat sedap dan lain dari biasa dengan adanya telur rebus. Saya pun dok fikir juga macam manalah rasa nya bila ada telur rebus dalam inti karipap.
Ikea di Damansara memanglah tidak berbaloi untuk saya kesana semata mata untuk merasai kelainan karipap itu. Insyallah jika kita berjalan kesana dan kebetulan lalu di situ mesti kita akan cari juga bila...hihi entahlah.
Sekarang saya sangat teringin maka saya pon goggle ke sana sini mencari ...alhamdulilah rupanya ada orang juga yang sama dengan saya telah mencuba serta merasainya.

Karipap
Sumber : GadisBiasa
Dicuba: CitarasaKU

Bahan2 inti :
•kentang dipotong dadu kecik2,
•kari adabi,
•bawang merah @ bawang besar
•bawang putih
•ikan bilis
•telur rebus siap di potong2
•garam
•gula
•serbuk perasa

Bahan adunan tepung
•Tepung gandum
•minyak panas
•air suam
•sedikit garam
(ikut cara adunan ini akan menghasilkan karipap rangup.

Cara nya pulak ;
1.kita buat inti dulu  tumbukkkan bwg merah, bwg putih dan ikan bilis
2.tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga agak kekuningan
3.masukkan kari yg dibancuh dgn air
4.masukkan kentang
5.tunggu kentang agak empuk masukkan garam, gula dan serbuk perasa

Untuk adunan pulak
1. masukkkan tepung ke dalam besen, masukkan sedikit garam
2. masukkan minyak yang dipanaskan ke dlm tepung td, panas smpai yg bole guna tuk mengggoreng k
3. kacau2 sehingga sebati...
4. then masukkan air suam, dan uli sampai dapat adunan yang best untuk di canai dan bentuk. 

rebus telur  potong telur rebus tu ikut suka 
Bahan2 semua siap, dah boleh proses membuat karipap .

Hasil nya saya sangat suka dengan resepi ini...walaupun yang versi original saya belum merasainya lagi. Resepi ini akan saya simpan sebab sedap.

1 comment:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Noor...akak suka ni...tapi anak akak selalu komplaint kata tak sama....baru2 ni beli yang offer 12 biji RM10 tu...tengah2 nak selidik macam mana dia buat kulitnya...bab intinya kita ok...kulit tu antara kulit pastry dan karipap....hem nanti sihat nak try balik.