Saturday, March 3, 2012

Garlic bread dan Soup


Ini adalah sarapan saya pagi tadi...seawal 7 pagi. . Celery soup nie pulak adalah lebihan semalam kita buat masa dinner . Masih banyak dalam pot...maka kita panaskan saja di atas api kecil dan bakar roti dengan garlic butter ...buat sendiri tau. Jadi pagi tadi breakfast tersedia dengan cepat nya dan kenyang.
Pagi ini Yonyon ada aktiviti merentas desa di sekolah ..memang sesuai lah dia makan begini jika makan nasi lemak macamana dia nak lari merentas desa. Apapun hujan di pagi hari tadi sampai sekarang belum lagi berhenti . Emmm camana agaknya bila pulang sekolah nanti...mesti comot .

Celery Soup:
1 batang celery- dipotong kiub kecil
1 labu bawang holand - di cincang
1 labu bawang putih- di cincang
2-3 tbs minyak zaiton
2 tsp serbuk lada hitam
sedikit daun oregano kering- jika ada daun segar lagi sedap
1 cawan isi ayam- yang telah di rebus dan di dadu kecil - jika nak guna udang.mushroom pun boleh.
2 tbs tepung gandum
500 ml kerim - saya guna kerim masakan , jika tak ada nie guna susu segar atau dalam kotak pun ok.
sedikit  butter - untuk sedap lagi - Jika berdiet tak perlu letak ini tau
100 ml - stok ayam - boleh ganti dgn kiub ayam 1 ketul.
Garam secukup rasa.
1 keping daun bay.

Cara:
Panas kan minyak zaiton dalam pan dan masukan celery goreng sebentar sampai agak layu- keluarkan.
Masukan bawang yang di cincang halus bersama bawang putih.kacau hingga layu dan masukan tepung gandum ...kacau sehingga sedikit kental dan tepung masak ...segera masukan stok ayam ,susu dan kacau sebati.
Masukan daun bay,serbuk lada dan celery yang telah di goreng dan isi ayam. Perisakan dengan garam serta daun oregano. Sebelum tutup api masukan sedikit butter dan kacau sebati. (lemak dan bau yang wangi ) .



Ayam goreng ranggup adalah dinner semalam yang di makan bersama kentang goreng,soup dan roti. Ayam yang telah di perap dengan rempah dan kemudian di salut dengan telur putih dan campuran tepung bersama nestum sebelum di goreng.

2 comments:

dZana said...

sekalisekala melayan menu western sedap jugak kan..

CitarasaKu said...

dZana > betul tu sebab ringkas dan cepat