Wednesday, March 21, 2012

Bingka roti berjagung

Hidangan petang waktu minum teh. Buat satu adunan tapi amatlah banyak masa mengadun. Alahai jika ku tahu buat setengah saja dah cukup. Hasilnya satu acuan empat persegi besar dan satu acuan loaf bersaiz comel.
Dalam gambar nie kita makan yang bersaiz comel saja.
Waktu ikut Hb pergi ke rumah lama membaiki lampu kita sempat bungkus kan lebihan bingka yang besar untuk di beri pada jiran lamaku. Malangnya waktu sampai di sana tak seorang jiran pun ada di rumah . Waktu itu pulak nak di jadikan cell phone tertinggal di rumah..jadi tak dapat call mereka ada di mana. Akhirnya ku bawa pulang saja dan simpan dalam petisejuk. Bukan rezeki mereka lah.



Resepi bingka nie di ambil dari rumah Rinn. Lama dah Rinn nie tak update fotopaged dia. Apapun kita sangat rindu dengan cerita masakan dia.


BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Chef Azimah Mansor
Di sunting dari dapur : Rinchan
Di cuba oleh:CitarasaKu

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar......
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.

Nota : Lebihan jagung dalam tin satu letakan di pemukaan adunan sebelum di bakar *satu tin 400gm


2 comments:

Chah said...

ouch! creamynya bingka roti noor tu! 2,3 ari ni ada gak teringat2 nk berbingka roti, ada lak siaran langsung kat sini, tk jadilah buat sendiri...saya tumpang 2,3 potong aci kan?

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Noor...nampak sedap ..bolehlah akak try nanti