Tuesday, March 6, 2012

Bahulu kukus warna warni


Petang ini plan nak tolong Yonyon dengan ulangkaji pelajaran tapi waktu pulang tadi dia letih dan tertidur pulak . Dan sebagai menunggu dia bangun dari tidur kita pun ke dapur buat bahulu warna warni ini. Kita buatkan dalam saiz kecil saja. Lebihan bahulu nanti dapatlah dia buat bekal ke sekolah esuk pagi.
Agak comot sikit bahagian atas sebab last minit masa nak snap gambar tu lihat kosong saja kat atas tu lantas kita picitkan lebihan kerim dengan nozzle star. disebabkan ianya dalam peti sejuk maka kerim tu keluar sedikit keras ...tak cantik ha.
Masa nak ambik gambar tanganku pulak tak stabil habis gambar agak bergetar sedikit. Malas nak pasang tripod sebab nak cepat .


Bahulu kukus warna warni

Bahan - bahannya :
200 gram tepung gandum
175 gran gula caster
200 ml susu cair
3 biji telur ayam
1/2 sudu teh ovalete
1/4 sudu  teh garam
Pewarna kegemaran

Cara : Pukul gula, garam, ovalete dan telur sehingga pekat dan gebu. Masukkan tepung
gandum berselang - seli dengan susu cair dan kacau sehingga sebati.

Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian dan beri pewarna kegemaran dan kacau sehingga
rata. Kukus untuk setiap layer selama 5 minit, dan untuk layer yang terakhir kukus selama
20 minit atau sehingga masak.

warna merah perisa strawberry
warna unggu perisa blueberry
warna hijau perisa pandan
warna oren- perisa pisang ...nak letak kuning tersilap ambil botol .





6 comments:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Alamak cantiknya bahulu kukus. So colourful and tempting! Ahhh now know who is Noor! Laaa konpius tadi...akeke.

Btw, I'm taking some with me now. Can't resist ;)

anymz said...

ya la bahulu kukus ni nampak meriah dan sedap..:)

ummiaisyah said...

meriah kaler bolu akak ni!

Mas said...

Assalamualaikum dan slm perkenalan
Bahulu kukus tu nmpk cantik sgt, wane warni.

CT Delima said...

As'salam Noor

sejuk2 ni pekena apa pun semuanya laju jer masuk mulut. Tambah2 ada seteko kopiO panas lagilah sedap ni Noor.

ct suka bab2 kuih bahulu tak kisahlah dibakar atau dikukus, tapi nampak cantik berkaler2 macam ni, hari ni hujan harap petang ada pelangilah kan..hihi

CitarasaKu said...

Love >> hihi noor behind the name.

Anymz >> penuh dgn warna macam pelangi ..anak noor suka makan.
...entah bila

Maz >> Wasalam...

Ct >> Adunan nie banyak next time nak buat setengah saja...saya suka kuih nagasari awak tu entah bila baru boleh buat..


Umiaishah >> lepas nie kita tunggu pelangi pulak.