Sunday, March 18, 2012

Tepung Bungkus

Memandangkan lebihan kelapa masih berbaki. Sayangkan jika tidak dimanafaatkan. Untuk itu saya cari beberapa kuih yang mengunakan kelapa lantas ternampak tepung bungkus nie. Lama juga tak beli tepung bungkus. Apapun saya jarang terlintas untuk membuat kuih begini sebab ahli rumah saya. kuih begini tiada sambutan dan jika saya makan pun ..dua bungkus sudah terasa kenyang maka tidak berbaloi untuk membuatnya melainkan beli saja. Hihi untuk hari ini saya pertama kali membuatnya.
Adunan yang saya buat nie cukup untuk 10 bungkusan saja jadi tidaklah membazir sangat jika tidak habis di makan oleh kami bertiga.


Tepung Bungkus
Sumber: Majalah Wanita, Ogos 2000


Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan cair
½ biji kelapa muda parut
1 keping gula melaka Sedikit tepung pulut
Sedikit garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Cara: Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering untuk dijadikan inti. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.

Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar berketul.

Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.

Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak
.


Suasana waktu pagi di depan gate rumah...ketika anak kita ke sekolah. Bulan pun masih kelihatan di waktu ini. Suasana pagi ahad yang terang menandakan cuaca panas terik hari ini.






3 comments:

ummiaisyah said...

salam kak Noor...sy pon suka mkn kuih ni..tp mcm akak juga la..malas nk buat sbb mkn sorang je...baik bli..

Chik Mimi said...

Noor kami anak beranakfave tepung bungkuih ni,kalau beli musti 10 ketoi tapikan cheq punya la malaih nak buat

CitarasaKu said...

>>Ummiaishah>>betul tu kita sajalah makan makanan tradisional nanti bila usia menganjak barulah di cari balik kuih lama lama.

>>chik Mimi ...lama betul la tak nampak mesti sibuk..rindulah kita pada masakan awak .