Thursday, March 15, 2012

Kaswi Pandan

Hidangan petang semalam. Lama mengidam nak makan baru sekarang dapat membuatnya. Dua tiga hari lepas kurang sihat sikit. Kuih nie memang senang nak di sediakan. Saya mengunakan acuan kecil lompang bila dah siap nampak macam lompang pun ada tapi rasanya lain sikit . Haha sekarang teringat pulak dengan Lompang..rasanya nak kena buat juga lepas nie. 
Tiada perwarna hijau hanya air daun pandan dan baunya sangat harum bila kukusan di buka.



 
KUIH KASWI PANDAN
Resepi : Ciku Hafi- Myr

Bahan-bahan ( untuk 4/5 org mkn )
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 sb tepung ubi
daun pandan
sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur mkn
sedikit garam(gaul bersama kelapa parut)
1/2 biji kelapa parut (putih shj)
Cara-cara
1.  blend sema bahan diatas kecuali kelapa parut & garam...
2.  tapis bahan yg telah di blend kedalam loyang...& kukus selama 30-40 minit...
3.  setelah masak sejuk kan terlebih dahulu...
  1. bolehla dipotong...&gaul bersama kelapa yg telah digaul bersama garam

2 comments:

ummiaisyah said...

salam k noor...sy pon pminat kuih ni gak ..boh klppa byk sikit!

CitarasaKu said...

ummiaisyah >>wasalam...saya pun suka jugak bubuh kelapa banyak sedapkan rasa lemak dan masin. haha