Monday, January 30, 2012

Tuna~mini pizza

Pagi yang segar dan agak sejuk dalam waktu waktu begini. Hujan yang turun semalam walaupun sekejap tapi memadai untuk mengurangkan debu di luar di sebabkan cuaca panas yang terik siang hari.
Waktu menonton Ajl semalam sempat juga saya membuat roti untuk breafast pagi ini. Lama lah juga saya tidak membuat roti ,apapun roti mini pizza ini menyenangkan tugasan di pagi hari dan sekaligus bekal untuk si Yonyon kesekolah.
Mengunakan roti asas doh serta berintikan tuna bermayonis keju berserta bawang holland .

Resepi boleh di dapati sini .Resepi yang selalu saya gunakan dan di pelbagaikan dengan inti yang bermacam jenis.

Friday, January 27, 2012

Apam Polkadot berinti coklat

Petang yang sangat panas hari ini air teh menjadi pilihan di waktu petang untuk di makan bersama apam polkadot. Petang petang memang terasa nak makan sesuatu yang tidak berminyak dan mudah di sediakan. Dah pernah buat beberapa kali memang tak jemu . Cuma kali ini apam polkadot berinti coklat di tengahnya. Ternyata sedap juga ...bila masak harus di sejukan dulu bagi membolehkan coklat kembali mengeras dan senang di makan. Sangat sedap bagi pengemar coklat .


Resepi boleh di dapati di sini

Ayam....opps Daging


Disebabkan rasa teruja sangat nak mencuba resepi Ayam sambal hutan, saya telah derhaka sikit pada resepi ini. Bukan apa nya kebetulan hanya ada daging dalam stok . Dari ayam telah bertukar kepada daging mesti rasa nya lari sikit. Yang penting saya telah  menikmati kelazatan sambal nya. Insyallah di lain masa baru saya buat mengunakan ayam. Ramai kengkawan dah pun mencuba masak dan komen komen dari mereka menyatakan resepi ini sangat best...membuat saya tak sabar ...daging pun daginglah .
Disebabkan gusi saya masih belum sembuh saya potong daging senipis yang boleh.
Syukur hasil kerja yang tidak rugi ....sangat sedap.
Resepinya saya copy kat bawah untuk rujukan.

AYAM SAMBAL HUTAN
by : Hjh Alijah Abdullah
Rujukan : Buku Masakan
Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya...
Memang Sedappp!!

Di rujuk dari :http://from intankitchen.blogspot.com/2011/12/ayam-sambal-hutan.html

1 ekor ayam ~  di buang kulit dan lemak dan dipotong mengikut selera - saya guna daging
2 cm lengkuas ~ dititik
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
2 sudu makan biji ketumbar
2 sudu teh jintan halus
15 tangkai lada kering ~ rendam hingga lembut
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2 cm kunyit hidup

Gaul ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar
Panaskan  1 senduk minyak dan tumis serai dan lengkuas sehingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul rata
Masak hingga bahan rencah garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat
Taburkan gula dan garam secukup rasa
Enak di makan bersama nasi dan roti


Thursday, January 26, 2012

Spagetti carbonara

Bila kemalasan melanda maka masak pun simple simple saja. Tapi semalam saya mengalami masaalah gusi membengkak. Musim panas yang membahang kepanasan membuat gusi kita yang tak seberapa sihat nie mengalami proses kemurungan gitu. Bila gusi membengkak maka menu pun berubah juga.
Semalam hanya dapat sediakan Spagetti yang ringkas saja tapi pedas...tekak melayu kan. Kali ini saya guna sos Prego dalam tin berserta sedikit bahan yang lain untuk menjadikan lebih Ummph.
Sempena sambutan Raya Cina yang di adakan di kawasan perumahan saya. Terdapat banyak acara kebudayaan dan seni silat melayu .  Tapi saya tak sempat nak ambil gambar masa pertunjukan bunga apa sebab saya berada di kedudukan paling hampir dan waktu itu tak tahupun ada bunga api. Di sebabkan kedudukan saya terlalu dekat maka tidak berpeluanglah saya menyimpan memori tersebut.




Tuesday, January 24, 2012

Durian Cheesecake


Hari ini cheesecake saya tidak begitu tinggi sebab saya telah kehilangan piring acuan cheesecake yang bersaiz kecil maka beginilah kek saya. Tersangat leper dan tidak menarik walaupun sedap . Jika mengunakan acuan yang bersaiz 6" pasti nampak tinggi gitu....apa pun nanti kena beli ganti yang baru. Puas sudah di cari merata tempat ...mungkin terbuang kot masa mengemas dapur tempohari.

Resepi Durian cheesecake ini di ambil dari blog Aku Zack. Zack nie seorang chef dan saya suka pada kesemua resepinya. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kita semua.


Chilled durian cheesecake
Base:

100g biskut marie, kisar halus
50g butter, cairkan
***Gaul rata biskut dan butter. Padat-padatkan pada dasar loyang kek yang telah dialaskan dengan baking paper. Ketepikan dalam peti sejuk.

Durian cream cheese filling:

125g cream cheese, suhu bilik
20g-30g gula kastor, bergantung pada manis buah durian
200g isi durian, boleh dblend halus dulu
175g whipping cream, dipukul hingga mousse state (bertanduk tapi masih lembut, macam meringue soft peak)
1/2sb gelatine Halagel
1sb + 1/2sb air hangat

Durian cream:

50g isi durian manis, hancurkan
50g fresh cream, diputar kaku
***Campurkan kedua-duanya hingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg.

Cara:

1. Pukul cream cheese dan gula hingga gebu.
2. Masukkan isi durian, gaul hingga sebati.
3. Masukkan gelatin ke dalam cawan/bekas kecil berisi air hangat. Biarkan 5 minit untuk ia mengembang, kemudian cairkannya secara double-boiler atau guna microwave oven. Ketepikan.
4. Pukul whipping cream hingga pekat dan gebu, seperti mousse. Jangan overbeat!
5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese, gaul sebati. Masukkan whipping cream tadi, kaup balik hingga sebati.
6. Tuang adunan ini ke dalam loyang. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam (ku 4 jam) atau hingga cheesecake keras.
7. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
8. Hiaskan atasnya dengan durian cream dan sedia dipotong.






Monday, January 23, 2012

Sorbet limau mandarin

Hari yang panas lega jika kita dapat minum yang sesuai dengan tekak. Selain puding ,jelly , ice cream maupun sorbet tak kira apa jenis pun. Waktu kita meninjau ninjau blog ke blog ternampak something sweet sangat dari rumah Ijan...nun jau beribu batu. Nyaman rasa tekak maka mulalah pasang niat sat gi memang nak makan sorbet . Lagipun stok buah limau mandarin berkotak kat rumah alahai memang tak terhabis. Kengkawan beri tak kan nak cakap sorry rumah saya dah banyak kotak. Kurang sopan lah pulak so kita terimalah pemberian orang.hhmm manatau kot kot tahun nie bertambahlah rezeki macam limau yang berkotak kat rumah tu.




Kita guna mesin ice-cream maker untuk buat sorbet....cepat siap ..tuang dan terus larutan mula mengeras tak perlu tunggu tunggu lagi dan boleh makan. Tapi jika tak ada pon boleh buat cuma kita perlu tunggu lama untuk menikmatinya. Untuk buah limau nie pastikan kita buang biji di dalam dulu jika tidak di buang ...air perahan akan pahit selepas di belnd haruslah di tapis sebelum di campur air gula .
Resepi saya copypaste dari Blog Ijan....Ijan minta izin ye...akak paste kat sini.

Fruit sorbet recipe
modified from: Judy@food.com
Serves: 6-8
  • 1 1/2 cup water
  • 3/4 cup sugar
  • 2 cups fresh strawberries (or frozen blueberries) --buah limau mandarin
  • Combine water & sugar in a pan, stir over low heat until sugar dissolves.
  1. Bring to a boil & boil gently for 5 minutes without stirring.
  2. Set aside to cool.
  3. Wash berries.
  4. Remove caps.
  5. Puree fruit in a blender or food processor until almost smooth.
  6. In a medium bowl, combine fruit with cooled syrup.
  7. If you have an ice cream freezer, you can put the puree mixture into that & process using the directions with the machine.
  8. Otherwise, pour into an 8 by 8 pan & cover with plastic wrap.
  9. Place in freezer & freeze until almost firm, 1 to 2 hours (mine took 3 hours).
  10.  
  11. Stir 2 or 3 times with a fork while freezing.





Saturday, January 21, 2012

Brownie Buttons


Minum petang dengan air teh o saja...sebab dah manis. Bila minum air manis pun tak terasa..... Hujan masih turun di luar rumah suasana agak sejuk dan nyaman. Cuti raya CNY dah pun bermula tapi kami hanya di rumah saja dan tidak plan kemana mana . Lepas update blog ....nak sambung minum teh sambil menikmati permandangan halaman rumah dengan rumput liar dah mula naik. Argh ..penat penat membuang rumput liar .


Untuk resepinya saya copy paste kat bawah cookinggallery

Brownie Buttons 
(adapted from "Baking From My Home To Yours" by Dorie Greenspan)


Grated zest of 1/2 orange (optional)
1/4 cup plus 2 tablespoons all-purpose flour
pinch of salt
1/2 stick (4 tablespoons) unsalted butter, cut into 4 pieces
2-1/2 ounces bittersweet chocolate, coarsely chopped
1/3 cup (packed) light brown sugar (I use scant 1/3 cup, loosely packed)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 large egg

For the glaze (optional)
2 ounces white chocolate, finely chopped

GETTING READY :
Center a rack in the oven and preheat the oven to 350 degrees F. Lightly butter two miniature muffin pans, each with a dozen cups, and place them on a baking sheet.
If you're using the orange zest, combine the zest and sugar in a small bowl, rubbing them between your fingertips to blend, set aside. Whisk together the flour and salt.
Melt the butter, chocolate and brown sugar in a medium heavy-bottomed saucepan over very low heat, stirring frequently with a heatproof spatula and keeping an eye on the pan so nothing overheats or burns. When the mixture is smooth, remove from the heat and cool for a minute or two.
Stir the vanilla, egg and the zest, if you're using it, into the chocolate mixture. When the mixture is well blended, add the flour and stir only until it is incorporated. You should have a smooth, glossy batter.
Spoon the batter into 16 of the muffin cups, using about a teaspoon of batter to fill each cup three-quarters full. Put 1 teaspoon of water in each empty cup.
Bake for 14 to 16 minutes, or until the tops of the buttons spring back when touched. Transfer the pans to racks to cool for 3 minutes before carefully releasing the buttons. Cool to room temperature on the racks.


TO MAKE THE OPTIONAL GLAZE :
Melt the chocolate in a small heatproof bowl set over a saucepan of simmering water. Stir constantly and don't leave the chocolate for even a minute - white chocolate scorches easily. As soon as the chocolate is smooth, remove from the heat.
One by one, dip the tops of the buttons into the chocolate, twirling the buttons so that you get a little swirl at the center of each one and the excess chocolate drips back into the bowl. Refrigerate the buttons for 15 minutes to set the glaze.


Ayam Shah Jahan

Pagi tadi , awal awal dah jalan jalan kat rumah Ummie....apalagi ternampak lah masakan Ayam Shah Jahan. Belum pernah lagi dengar nama sebegini maka tersangat lah teringin nak merasa . Bila dah teringin nak makan kena lah masak ...tak kan nak berlari ke rumah Ummie pulak kan...hihi
Inilah version yang saya buat ...dan di makan bersama dengan nasi minyak. ....
Emmm lega bila dah menikmatina. Tertunailah sudah hasrat di hati memang sedap nanti malam jika ada roti lagi sedap . Untuk resepi boleh lah lawat Blog Umie...tapi saya copypaste kat bawah untuk rujukan saya .




AYAM SHAH JAHANResepi Asal : Chef Asma Laili - Buku Mintak Ampun Sedapnya..
Sumber : http://seleraputeri.blogspot.com/2011/11/ayam-syahjahan.htmlDicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home
Di ambil dari blog ummi - oleh saya (Citarasaku )

Bahan A :
1 ekor ayam, dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit/garam dan ketepikan
5 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
5 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus
2 sdm pes halia / bawang putih
2 sdm pes tomato
3 biji tomato, didau kecil
2 pokok daun ketumbar
1 genggam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cwn minyak sapi
1/2 cwn minyak jagung
garam secukup rasa


Bahan B :
1/2 cwn yogurt
5 biji badam -
5 biji gajus -

1/4 sdt koma-koma > saya tak ada benda nie
(utk bahan B ni, sy masukkan semua dalam blender campur sikit air.....blend hingga halus)

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambahkan minyak sapi kepada minyak jagung dan biarkan panas. Tumis buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang dadu dan lada hijau. Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu. Kacau setiap masa sebab bawang cepat menguning.
  4. Masukkan pes halia/bawang putih dan tumis lagi sehingga wangi.
  5. Masukkan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
  6. Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit. Kacau setiap masa. Ini akan membantu memecahkan buah tomato.
  7. Masukkan rempah kari dan tumis selama 10 minit lagi.
  8. Kemudian masukkan bahan B dan garam. Tumis lagi sampai keluar minyak. ( masa ni kuah jadi pekat.....jadi sy tambahkan sikit air dan teruskan menumis sehingga pecah minyak ).
  9.  
  10. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan selama 5 minit sahaja. Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik

Friday, January 20, 2012

Daging goreng berkentang

Sajian simple lunch hari ini. Lagipun hari ini si Yonyon ada kelas tambahan sampai jam 12 tengahari . Selepas itu dia akan ikut kengkawan ke surau di kawasan Laguna Merbuk untuk solat Jumaat baru lah abah dia akan jemput dari sana.
Waktu di jemput pulang abah nya singgah di kedai basikal untuk membeli basikal fixed gear yang di idam idamkan itu. Dan yang paling lucu sekali dia siap berjanji dengan menulis nota ringkas sebab dan mengapa dia perlu basikal ini sebagai hadiah. Ummm berhari jugalah abah dia fikir nak beli ke tidak sebab dah ada basikal mountain bike malah basikal elektrik pun dah ada. Membazirkan jika di ikutkan kehendak. Tapi itulah yang dia sangat harap.
Mungkin abah dia kesian kot sebab sampai tulis nota siap di susun kata kata...this year nak perform PMR . Entahlah harap dia dapat kotakan janjinya lagipun selama berpindah ke sini dia tidak mempunyai ramai kawan dan keluar nonton wayang pun ...hihi kita lah teman kan.
Sebenarnya saya risau juga jika dia nak keluar kesana kemari tanpa tujuan ...pergaulan bebas mengundang masaalah...jadi saya temankan setakat usia begini. Tak salahkan.....wah...panjangnya kita cerita..
e.
Sambung cerita masakan pulak.....lauk nie di makan dengan nasi putih dan sambal belacan serta ikan bersos lemon. Lauk nie tak sempat saya nak snap ...lapar next time jika saya masak saya snap ye. Daging yang di goreng mengunakan butter dan mixed spice sangat lah sedap...sedap makan sekejap saja habis. Untuk dinner kita tak pasti lagi nak masak apa malam nanti.

Thursday, January 19, 2012

Makan makan sempena birthday boy


Semalam makan luar tidak jauh dari kawasan rumah saja terdapat deretan bermacam kedai sekitar Lagenda Height berdekatan Tesco Sg, Utara. Terdapat beberapa kedai makan yang agak bagus juga di sekitar sini. Ramai pelanggan pada waktu tertentu dan kebanyakan pelayan adalah terdiri dari remaja belasan tahun. Dan yang paling penting tukang masak nya seorang Islam jadi saya tak rasa tersekat sekat .
Suasana kedai berciri kan antik. Terdapat banyak gantungan barang lama terdiri dari basikal ,seterika zaman datuk kita dulu serta perkakas tahun 60..banyak di jadikan pameran. Tapi saya tak sempat nak snap banyak gambar kat situ MALU pada pelangan lain nanti mereka ingat saya shoot gambar mereka pulak. Dalam malu malu saya hanya sempat ambil beberapa saja.

Cawan ini terlalu besar untuk di habiskan ....anggaran dua cawan kopi yang bersaiz gemuk. Memang tak terhabis dan akhirnya separuh saja saya minum..



pai labu

Petang semalam tercari cari resepi buah labu. Sebabnya kita dah beli sebiji besar buah labu kat pasar malam tapi tak pasti nak buat apa dengan buah labu nie. Seingat kita time kecik dulu mak pernah masak labu dua cara saja ...buat sayur masak lemak dengan udang kering dan serawa labu saja. Kali ini saya mengintai dapur KakRusnah pulak...saya dah banyak kali cuba beberapa resepi beliau semua best best dan kali nie tak rugi saya cuba sebab dalam banyak banyak resepi ....yang ada ada kelainan iaitu ada sedikit cheese. Mestilah sedap berbaloi kan ...ada cheese. Rasa lemak lemak sedikit dan memang terasa ....

Pai labu- Kak Rusnah
Pastri : 250 gm tepung gandum
150 gm butter
secubit garam
1 biji telur
2 sudu air
sedikit vanilla

Intinya: 300 gm labu yg direbus
3 biji telur ayam
150 gm gula
1 sudu makan tep. kastad
2 sudu makan cream cheese
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan kotak
Cara membuatnya:
Pastri : Ramas dgn hujung jari tepung'garam dan butter. Masukkan telur,vanilla dan air diuli sebati.Dicanai dan masukkan dlm acuan pai.Di bakar sebentar.Tuang inti dan bakar sehingga masak.

Inti : Semua bahan inti diblend sebati ,dituang kedlm pastri dan dibakar hingga masak.

Wednesday, January 18, 2012

Happy Birthday Yonyon

Petang semalam sibuk di dapur membuat cupcake untuk Yonyon bawa ke sekolah.Birthday dia hari ini 18 Hb memandangkan time sekolah agak susah untuk kawan dia bertandang rumah. sebab malam hari nya pula ada kelas tambahan. Nanti bila cuti sekolah baru lah boleh adakan jamuan kecik la untuk teman rapat dia. Kita buat cupcake Red Velvet yang bertoppingkan cheese dan hiasan coklat love , ada fondant dan sprinkle blue.



Monday, January 16, 2012

Nasi Arab @ Nasi Mandhi


Menu tengahari nasi arab @mandhi....masuk kali ini dah dua kali kita masak . Nasi ini mendapat sambutan dari ahli rumah terutama si Yonyon.....siap bertambah. Walhal cakap nak kuruskan badan.
Nasi ini saya sediakan sedikit sup sebab nampak kering jika tidak berkuah dan sambal air asam tomato yang sedikit pedas untuk di cicah dengan ayam. Memang yummy .

Resepi nasi kali ini di ambil dari DapurDigital waktu jalan jalan mencari idea di pagi hari. Saya suka dengan resepi ini berbanding yang sebelum ini. Tq buat DapurDigital dan resepinya saya paste di sini sebagai rujukan.

Nasi Arab @ Nasi Mandhi
http://dapur-digital.blogspot.com/2011/07/nasi-ala-arab.html
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
1/2 s/b lada hitam biji
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning @kunyit
2 helai daun pandan -disimpul (resepi asal x de)
sedikit daun ketumbar -dihiris (resepi asal x de)

Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang halus
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Ayam Mandhi
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 2
1 inci halia - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya (dlm 7 cawan)

Bahan A:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
skit garam

Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.
Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.
Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketika
Selepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C


Salata Hara @ Tomato Salsa - saya tukar kepada air asam tomato
Bahan-bahan:
Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon - akak guna cuka aje sodap jugak
sket bwng besar diptong dadu halus2

Cara membuat:

Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka.

Friday, January 13, 2012

Bingka Pisang

Projek malam semalam sebelum tidur. Setelah masak..tunggu suam sikit kita simpan di petisejuk. Dan pagi tadi sebelum sarapan kita reheat kembali dan hidang sebagai sarapan bersama mee goreng ayam.
Bingka pisang nie adalah hasil percubaan pertama, ternyata ianya sungguh sedap dan tidak begitu manis. Dan resepinya akan kita paste kat bawah sebagai rujukan kelak.  Terima kasih pada empunya resepi nie SerojaKitchen. Asalnya dari rumah Ummi.



Bingka Pisang
Bahan2 :
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji)-di lenyek mmg byk tau
(kita guna pisang montel je.. yg selalu ada kat umah)
seeloknya lenyek kasar2 sikit, baru nmpak isinya nanti)
1 cwn tepung gandum* (kita add jadi 2cwn sebab guna fresh milk)
3/4 cwn gula pasir*
1 cwn santan* (kita guna fresh milk je..)
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
Bakar 180C selama 1 jam api bawah.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat. (*akak bakar 1 jam dan tambah 15 minit lg dengan api atas n bawah...biar garing sikit)
Sejukkan.. baru di potong

Thursday, January 12, 2012

Kangkung goreng belachan

Kangkung goreng belachan menjadi pilihan hari ini. Disamping gulai ikan dan ikan goreng . Hmm ada ikan terubuk masin yang di bawa pulang dari Serawak . Hb sangat suka ikan terubuk masin jika di buat goreng ranggup bersama asam.
Selalunya kangkung di goreng bersama dengan ikan bilis tapi stok kan bilis dah habis maka saya gantikan dengan isi ayam yang telah di rebus dan di goreng ranggup dan di taburkan pada sayur kangkung yang hampir masak. Hasilnya sedap juga...tapi saya lebih gemar version ikan bilis .
Sepanjang hari hujan hinggalah lewat malam. Hidangan petang pula saya sediakan mee goreng saja. Dan sekarang saya menunggu bingka pisang saya masak untuk sarapan pagi esuk.

Quice sosej bawang


Hidangan petang semalam. Kita buat mengunakan acuan tart yang bersaiz kecil.....jika tak habis kita dapat reheat kembali.
Saya suka makan begini saja tanpa sos sebab semasa masak intinya saya dah campur beberapa biji cili padi .Resepi di ambil dari majalah Saji yang tersimpan dalam gerobok buku...zaman saya berkerja dulu banyaklah buku masakan yang di beli...time tu saya memang tak pernah masak kat rumah pon tapi suka membeli sebab gambar membuat kita tergoda.  


Quiche sosej dan bawang

1 labu bawang besar – dibelah dan di mayang halus
2 tangkai cili merah-dimayang
5 batang sosej ayam- di hiris nipis
50 gm kacang pis
100 gm keju cheddar
3 biji telur
150 ml susu segar
1 sudu kecil keju parmesan
Secubit garam
Sedikit herba campuran
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa


Untuk kulitnya
300 gm tepung gandum
150 gm mentega sejuk
6 sudu besar air ais

Untuk inti, panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bawang besar. Kacau selama 1-2 miniit. Masukan sosej,kacang pis,cili merah, serbuk pati ayam serta herba campuran kemudian di kacau selama 1-2 minit dan padam api.
Telur di pukul kemudian masukan susu segar ,garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati kemudian masukan separuh keju cheddar dan kesemua iti yang di masak. Kacau hingga rata.

Pastry:
Tepung gandum di ayak kedalam mangkuk. Masukan mentega dan di ramas hujung jari sehingga menyerupai serbuk roti. Masukan air ais kemudian uli sehingga menjadi doh.
Canai dan masukan kedalam acuan tart . Potong lebihan adunan dan cucuk kan sebelum di bakar pada suhu  180 selama 20-25 minit.

Bila kulit pastry masak dan keluarkan dari ketuhar dan tuangkan inti ke dalam nya. Taburkan baki keju parut cheddar dan juga keju parut parmesan dan bakar pada suhu 180 selama 20-35 minit. Bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum di hidang. Hidangkan bersama sos cili .

Majalah Saji December 2003
M/s 44

Nota: saya tambahkan sedikit cili padi dan kawal api mengikut kesesuaian oven sebab saya bakar dalam convention oven 180- hanya 18 minit saja.

Wednesday, January 11, 2012

Sotong goreng kunyit


Bila dah hari hari masak kepala pun pening sampai menu pun asyik ulang yang sama. Kekadang memang jemu jika kena masak lauk yang sama dalam seminggu. Tapi inilah request si Yonyon dok selalu tanya bila nak masak sotong goreng kunyit. Yelah kelmarin pun menu seakan akan sama ...tak tau jemulah budak nie. Apapun masak saja lah lagipun kunyit hidup kita dah beli stok rasanya cukup dua minggu jika tak rosak. Hmmm esuk dia nak suruh masak apalah pulak. Apapun selain dari ini kita masak sup oxtail ( saya tak suka makan nie) tapi kita masak sajalah.
Sotong nie goreng kunyit tapi berempah lain sedikit dari selalu. Pedas Hmmm bila dia makan cepat cepat cari air pastu sambung makan lagi.

Resepi olahan sendiri

1 biji cili merah
6 biji cili padi merah
1 biji bawang putihbiji bawang besar1 biji
3 ulas bawang merah
1 sudu teh jintan manis
1 inci kunyit
Semua bahan di atas- di tumbuk halus.

500gm sotong- di rebus sebentar dan tapiskan airnya.
                        sotong di gaul dengan sedikit garam dan kunyit  dan goreng sebentar dan d
1 biji bawang besar- di hiris
1 tbs sos tiram
1 biji tomato- di potong kiub
sedikit daun sup
garam secukup rasa.

Panaskan sedikit minyak...goreng bahan yang di tumbuk sehingga naik wangi dan masukan air rebusan sotong. Renih sebentar , masukan sos tiram dan tomato. Biar agak kuih sedikit pekat masukan sotong bersama hirisan bawang . Goreng sebentar saja, perisakan dengan garam.. Taburkan daun sup dan tutup api. Sedia di hidang.