Friday, January 13, 2012

Bingka Pisang

Projek malam semalam sebelum tidur. Setelah masak..tunggu suam sikit kita simpan di petisejuk. Dan pagi tadi sebelum sarapan kita reheat kembali dan hidang sebagai sarapan bersama mee goreng ayam.
Bingka pisang nie adalah hasil percubaan pertama, ternyata ianya sungguh sedap dan tidak begitu manis. Dan resepinya akan kita paste kat bawah sebagai rujukan kelak.  Terima kasih pada empunya resepi nie SerojaKitchen. Asalnya dari rumah Ummi.



Bingka Pisang
Bahan2 :
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji)-di lenyek mmg byk tau
(kita guna pisang montel je.. yg selalu ada kat umah)
seeloknya lenyek kasar2 sikit, baru nmpak isinya nanti)
1 cwn tepung gandum* (kita add jadi 2cwn sebab guna fresh milk)
3/4 cwn gula pasir*
1 cwn santan* (kita guna fresh milk je..)
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
Bakar 180C selama 1 jam api bawah.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat. (*akak bakar 1 jam dan tambah 15 minit lg dengan api atas n bawah...biar garing sikit)
Sejukkan.. baru di potong

3 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

All I can say is YUMMY!!!! dan bak sikit

Mamasya said...

Aslmkum k.Noor
suka dg kuih kuih yg letak pisang...sedap buat sarapan.

CT Delima said...

As'Salam

sedapnya kalau dapat makan bingka pisang ni minum pulak kopi O mahu berlapis2 juga yang hilang bingka tu..hehehe. kalau ada kerak2 lagilah laju jer habis tepi2 tu dulu :)