Thursday, January 19, 2012

pai labu

Petang semalam tercari cari resepi buah labu. Sebabnya kita dah beli sebiji besar buah labu kat pasar malam tapi tak pasti nak buat apa dengan buah labu nie. Seingat kita time kecik dulu mak pernah masak labu dua cara saja ...buat sayur masak lemak dengan udang kering dan serawa labu saja. Kali ini saya mengintai dapur KakRusnah pulak...saya dah banyak kali cuba beberapa resepi beliau semua best best dan kali nie tak rugi saya cuba sebab dalam banyak banyak resepi ....yang ada ada kelainan iaitu ada sedikit cheese. Mestilah sedap berbaloi kan ...ada cheese. Rasa lemak lemak sedikit dan memang terasa ....

Pai labu- Kak Rusnah
Pastri : 250 gm tepung gandum
150 gm butter
secubit garam
1 biji telur
2 sudu air
sedikit vanilla

Intinya: 300 gm labu yg direbus
3 biji telur ayam
150 gm gula
1 sudu makan tep. kastad
2 sudu makan cream cheese
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan kotak
Cara membuatnya:
Pastri : Ramas dgn hujung jari tepung'garam dan butter. Masukkan telur,vanilla dan air diuli sebati.Dicanai dan masukkan dlm acuan pai.Di bakar sebentar.Tuang inti dan bakar sehingga masak.

Inti : Semua bahan inti diblend sebati ,dituang kedlm pastri dan dibakar hingga masak.

No comments: