Monday, January 16, 2012

Nasi Arab @ Nasi Mandhi


Menu tengahari nasi arab @mandhi....masuk kali ini dah dua kali kita masak . Nasi ini mendapat sambutan dari ahli rumah terutama si Yonyon.....siap bertambah. Walhal cakap nak kuruskan badan.
Nasi ini saya sediakan sedikit sup sebab nampak kering jika tidak berkuah dan sambal air asam tomato yang sedikit pedas untuk di cicah dengan ayam. Memang yummy .

Resepi nasi kali ini di ambil dari DapurDigital waktu jalan jalan mencari idea di pagi hari. Saya suka dengan resepi ini berbanding yang sebelum ini. Tq buat DapurDigital dan resepinya saya paste di sini sebagai rujukan.

Nasi Arab @ Nasi Mandhi
http://dapur-digital.blogspot.com/2011/07/nasi-ala-arab.html
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
1/2 s/b lada hitam biji
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning @kunyit
2 helai daun pandan -disimpul (resepi asal x de)
sedikit daun ketumbar -dihiris (resepi asal x de)

Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang halus
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Ayam Mandhi
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 2
1 inci halia - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya (dlm 7 cawan)

Bahan A:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
skit garam

Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.
Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.
Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketika
Selepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C


Salata Hara @ Tomato Salsa - saya tukar kepada air asam tomato
Bahan-bahan:
Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon - akak guna cuka aje sodap jugak
sket bwng besar diptong dadu halus2

Cara membuat:

Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka.

4 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Akak suka nasi mandi ni.always remind me of my NIL cruise with belly dancing...ha..ha..nasi ini membawa nostalgia buat akak

HomeKreation said...

Aslmkm Noor cayang. Lama tak jalan2 sini. Wah, cantik2 semua photo, beli kamera baru ke? Nasi mandhi.... sedap nya!

CitarasaKu said...

Paty...hihi bestnya dpt cruise kat sg.nil yang panjang dan bersejarah itu. Kita dapat makan nasi kira jadi la....

Along.....alhamdulilah kita baru dok belajar ambil photo. Tak pandai lagi.

CT Delima said...

As'salam Noor

Belum pernah cuba buat nasi mandhi ni. rata2 yang dah cuba buat, kenalah juga masak nampak gayanya ni.

Memang betul kata Along tu, gambar semakin cantik terang dan nampak sharp :)