Sunday, January 8, 2012


Lempeng pisang jarang kita masak di dapur sebab my Yon yon tak berapa gemar. Yang makan cuma kami berdua saja.Mungkin sebab rupanya yang tak cantik kot. Tapi kali ini kita dapat sumber dari blog EnMat di mana pancake pisang nya yang sangat menawan dan buat kita tergoda nak makan . Tapi yang saya buat nie taklah secantik Sifoo kita la.
Pagi tadi sesudah masak nasi goreng buat si Yonyon breakfast kita pun masak lempeng. Ternyata gabungan pisang bersama dengan nestum menghasilkan lempeng yang sangat enak . Tak percaya ....hihi kena cuba sendiri memang best dan terasa kenyang walaupun makan dua keping saja bersama madu.
 Resepi ini di sunting dari blog EnMat tanpa di ubah suai sebagai simpanan sendiri. Terima kasih En.Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram pisang emas
1 camca besar horlick
1 camca besar susu tepung
4 camca besar nestum
1 camca teh penuh baking powder
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
Secubit garam
Buah2 segar untuk hiasan (optional)
Madu (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pisang, baking powder, horlick, susu dan garam. Lecek pisang tadi hingga halus. Tambah nestum dan tepung gandum. Gaul rata.
  2. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Jangan risau jika adunan nampak cair, nanti bila nestum kembang, ia akan jadi pekat sedikit.
  3. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan saiz 4 inci (atau pilihan anda), bila panas, sendukkan bancuhan lempeng pisang tadi, ratakan dan masak dengan api kecil. Tutup permukaannya untuk mempercepatkan proses memasak.
  4. Kemudian berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, kalau suka sedikit garingm boleh masa lama sedikit. Angkat dan sejukkan sebentar. Buat kaedah sama untuk baki adunan.

2 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Jom tukar dengan bakso..akak buat pedas cni manis..ngam..ngam..cantik

CitarasaKu said...

Paty...kita tak pernah buat bakso lagi..teringin nak buat tapi takut tak menjadi.