Saturday, January 21, 2012

Ayam Shah Jahan

Pagi tadi , awal awal dah jalan jalan kat rumah Ummie....apalagi ternampak lah masakan Ayam Shah Jahan. Belum pernah lagi dengar nama sebegini maka tersangat lah teringin nak merasa . Bila dah teringin nak makan kena lah masak ...tak kan nak berlari ke rumah Ummie pulak kan...hihi
Inilah version yang saya buat ...dan di makan bersama dengan nasi minyak. ....
Emmm lega bila dah menikmatina. Tertunailah sudah hasrat di hati memang sedap nanti malam jika ada roti lagi sedap . Untuk resepi boleh lah lawat Blog Umie...tapi saya copypaste kat bawah untuk rujukan saya .




AYAM SHAH JAHANResepi Asal : Chef Asma Laili - Buku Mintak Ampun Sedapnya..
Sumber : http://seleraputeri.blogspot.com/2011/11/ayam-syahjahan.htmlDicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home
Di ambil dari blog ummi - oleh saya (Citarasaku )

Bahan A :
1 ekor ayam, dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit/garam dan ketepikan
5 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
5 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus
2 sdm pes halia / bawang putih
2 sdm pes tomato
3 biji tomato, didau kecil
2 pokok daun ketumbar
1 genggam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cwn minyak sapi
1/2 cwn minyak jagung
garam secukup rasa


Bahan B :
1/2 cwn yogurt
5 biji badam -
5 biji gajus -

1/4 sdt koma-koma > saya tak ada benda nie
(utk bahan B ni, sy masukkan semua dalam blender campur sikit air.....blend hingga halus)

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambahkan minyak sapi kepada minyak jagung dan biarkan panas. Tumis buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang dadu dan lada hijau. Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu. Kacau setiap masa sebab bawang cepat menguning.
  4. Masukkan pes halia/bawang putih dan tumis lagi sehingga wangi.
  5. Masukkan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
  6. Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit. Kacau setiap masa. Ini akan membantu memecahkan buah tomato.
  7. Masukkan rempah kari dan tumis selama 10 minit lagi.
  8. Kemudian masukkan bahan B dan garam. Tumis lagi sampai keluar minyak. ( masa ni kuah jadi pekat.....jadi sy tambahkan sikit air dan teruskan menumis sehingga pecah minyak ).
  9.  
  10. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan selama 5 minit sahaja. Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik

No comments: