Thursday, January 19, 2012

Makan makan sempena birthday boy


Semalam makan luar tidak jauh dari kawasan rumah saja terdapat deretan bermacam kedai sekitar Lagenda Height berdekatan Tesco Sg, Utara. Terdapat beberapa kedai makan yang agak bagus juga di sekitar sini. Ramai pelanggan pada waktu tertentu dan kebanyakan pelayan adalah terdiri dari remaja belasan tahun. Dan yang paling penting tukang masak nya seorang Islam jadi saya tak rasa tersekat sekat .
Suasana kedai berciri kan antik. Terdapat banyak gantungan barang lama terdiri dari basikal ,seterika zaman datuk kita dulu serta perkakas tahun 60..banyak di jadikan pameran. Tapi saya tak sempat nak snap banyak gambar kat situ MALU pada pelangan lain nanti mereka ingat saya shoot gambar mereka pulak. Dalam malu malu saya hanya sempat ambil beberapa saja.

Cawan ini terlalu besar untuk di habiskan ....anggaran dua cawan kopi yang bersaiz gemuk. Memang tak terhabis dan akhirnya separuh saja saya minum..



No comments: