Thursday, January 12, 2012

Quice sosej bawang


Hidangan petang semalam. Kita buat mengunakan acuan tart yang bersaiz kecil.....jika tak habis kita dapat reheat kembali.
Saya suka makan begini saja tanpa sos sebab semasa masak intinya saya dah campur beberapa biji cili padi .Resepi di ambil dari majalah Saji yang tersimpan dalam gerobok buku...zaman saya berkerja dulu banyaklah buku masakan yang di beli...time tu saya memang tak pernah masak kat rumah pon tapi suka membeli sebab gambar membuat kita tergoda.  


Quiche sosej dan bawang

1 labu bawang besar – dibelah dan di mayang halus
2 tangkai cili merah-dimayang
5 batang sosej ayam- di hiris nipis
50 gm kacang pis
100 gm keju cheddar
3 biji telur
150 ml susu segar
1 sudu kecil keju parmesan
Secubit garam
Sedikit herba campuran
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa


Untuk kulitnya
300 gm tepung gandum
150 gm mentega sejuk
6 sudu besar air ais

Untuk inti, panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bawang besar. Kacau selama 1-2 miniit. Masukan sosej,kacang pis,cili merah, serbuk pati ayam serta herba campuran kemudian di kacau selama 1-2 minit dan padam api.
Telur di pukul kemudian masukan susu segar ,garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati kemudian masukan separuh keju cheddar dan kesemua iti yang di masak. Kacau hingga rata.

Pastry:
Tepung gandum di ayak kedalam mangkuk. Masukan mentega dan di ramas hujung jari sehingga menyerupai serbuk roti. Masukan air ais kemudian uli sehingga menjadi doh.
Canai dan masukan kedalam acuan tart . Potong lebihan adunan dan cucuk kan sebelum di bakar pada suhu  180 selama 20-25 minit.

Bila kulit pastry masak dan keluarkan dari ketuhar dan tuangkan inti ke dalam nya. Taburkan baki keju parut cheddar dan juga keju parut parmesan dan bakar pada suhu 180 selama 20-35 minit. Bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum di hidang. Hidangkan bersama sos cili .

Majalah Saji December 2003
M/s 44

Nota: saya tambahkan sedikit cili padi dan kawal api mengikut kesesuaian oven sebab saya bakar dalam convention oven 180- hanya 18 minit saja.

2 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wani Quinche ni..wani boleh gunakan cooking krim tak yah susu pun tak apa..sudah selesai ke masaalah cooking krim tu. Wani buat apa?st

canteq said...

cam menarik je...